''Dia(Allah) Mengetahui(Pandangan) Mata Yang Khianat Dan Apa Yang Tersembunyi Di Dalam Dada''...Al-Ghaafir:19
Selasa, 27 Julai 2010
Kenangan Ilmuwan Pondok Pesantren Lirboyo
عن أبي هریرة قال : قال رسول الله : (( إن الله تعالى قال: من عادى لي وليا فقد آذنته
بالحرب، وما تقرب إليَّ عبدي بشيء أحب إليَّ مما افترضته عليه، ولا یزال عبدي یتقرب
إليَّ بالنوافل حتى أحبه، فإذا أحببته آنتُ سمعه الذي یسمع به، وبصره الذي یبصر به،
ویده التي یبطش بها، ورجله التي یمشي بها، ولئن سألني لأعطينه ولئن استعاذني لأعيذنه
رواه البخاري ))
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : " Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman : Barangsiapa yang memusuhi waliKu ( orang yang setia padaku ), maka sesungguhnya aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Dan tiada seorang hambaku yang bertaqarrub ( beramal ) kepadaKu dengan sesuatu yang lebih Ku cintai hanya dari ia menunaikan semua yang ku fardhukan ke atas dirinya. Dan hendaklah hambaKu sentiasa bertaqarrub dirinya kepadaKu dengan nawafil ( ibadat sunat ) sehingga Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, nescaya adalah Aku sebagai pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan sebagai penghilantannya yang ia melihat dengannya, dan sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya, dan sebagai kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan sekiranya ia meminta kepadaKu nescaya Aku berikan kepadanya, dan sekiranya ia memohon perlindungan kepadaKu nescaya Aku lindungi ia Hadis Ketigapuluh Sembilan Dari Ibn Abbas r.a, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : " Sesungguhnya Allah memaafkan bagiku daripada umatku segala perbuatan dari kesilapan dan kelupaan dan segala yang dipaksa ke atas diri mereka..
KH. MAHRUS ALY
Beliau lahir pada tahun 1906 di Desa Gedongan kecamatan Astanajapura, Daerah Cirebon Jawa Barat, ayah beliau KH Aly bin Abdul Aziz dan ibu beliau Hasinah binti Kyai Sa’id, KH. Mahrus Aly adalah anak bongsu dari sembilan bersaudara. Masa kecil beliau dikenal dengan nama Rusydi, masa kecil beliau juga lebih lama mendiami tanah kelahirannya, sifat kepemimpinan beliau sudah nampak pada saat masih kecil, hingga beransur remaja, sehari-hari beliau menuntut ilmu di surau pesantren milik keluarganya, disinilah beliau diasuh oleh ayahnya sendiri KH Aly dan kakak Kandungnya Kyai Afifi. Pada saat beliau berusia 18 tahun, beliau melanjutkan pencarian ilmunya di Pesantren Panggung Tegal, asuhan Kyai Mukhlas abang iparnya sendiri, disinilah kegemaran belajar ilmu Nahwu KH. Mahrus Aly semakin teruji dan mahir, selain itu KH. Mahrus Aly juga belajar silat bersama Kyai Balya seorang juara pencak silat asal Tegal Gubug Cirebon. Pada saatnya mondok di tegal inilah KH. Mahrus Aly menunaikan ibadah haji pada tahun 1927, selanjutnya KH. Mahrus Aly meneruskan pencarian ilmunya di Pesantren Kasingan Rembang Jawa Tengah yang diasuh KH. Kholil, setelah 5 tahun menuntut ilmu dipesantren ini atau sekitar tahun 1936 KH. Mahrus Aly berpindah menuntut ilmu di Pondok Pesantren Lirboyo Kediri, apabila selesai membekalkan ilmu yang sangat tebal sehingga KH. Mahrus Aly hanya tinggal mendalami dan mengulangkaji saja, bahkan beliau diangkat menjadi Pengurus Pondok. Selama bermujahadah ilmu di Lirboyo beliau, dikenal sebagai pelajar yang tak pernah letih mengaji, jika waktu cuti tiba, maka beliau akan gunakan untuk mengulangkaji dan mengaji di Pesantren lain, seperti Pondok Pesantren Tebu Ireng Jombang, asuhan KH. Hasyim Asy’ari. PP. Watu congol muntilan Magelang, asuhan Kyai Dalhar. Juga pondok pesantren Langitan tuban, Sarang dan Lasem Rembang.
Sebenarnya KH. Mahrus Aly belajar di Lirboyo tidaklah lama, hanya sekitar tiga tahun saja, namun karena kealimannya membuat KH. Abdul Karim menjadi jatuh hati, dan menjodohkannya dengan salah seorang puterinya yang bernama Zainab. Tepat pada tahun 1938. kemudian pada tahun 1944 KH. Abdul karim mengutus KH. Mahrus Aly untuk membangunkam kediaman disebelah timur Kompleks Pondok. Sepeninggalan KH. Abdul Karim, KH. Mahrus Aly bersama KH. Marzuqi Dahlan meneruskan tanggungjawab kepemimpinan Pondok Pesantren Lirboyo, ditangan mereka berdualah kemajuan pesat dicapai oleh Pondok Pesantren Lirboyo, banyak pelajar yang berduyun-duyun untuk menuntut ilmu dan mengharapkan barokah dari KH. Marzuqi Dahlan dan KH. Mahrus Aly, bahkan ditangan KH. Mahrus Aly lah, pada tahun 1966 lahir sebuah perguruan tinggi yang bernama IAIT (Institut Agama Islam Tribakti), peranan KH. Mahrus Aly dalam usaha membangkitkan kemerdekaan juga tidak boleh diremehkan, hal ini disebabkan peranan beliau dalam menghantar 97 pelajar pilihan dari pondok pesantren Lirboyo untuk menumpaskan sekutu di Surabaya, yang kebelakangan ini dikenal dengan peristiwa 10 November, hal ini juga yang menjadikan kemuncak berdirinya Kodam V Brawijaya. Selain itu KH. Mahrus Aly juga bertanggungjawab dalam penumpasan PKI di daerah kediri dan juga mempunyai link yang besar dalam perkembangan Jamiyyah Nahdlotul Ulama’, bahkan beliau diangkat menjadi Rois Syuriyah Jawa Timur selama hampir 27 Tahun, hingga akhirnya diangkat menjadi anggota Mutasyar PBNU pada tahun 1985.
Kabar dukacita menggegarkan Pondok Pesantren Lirboyo tepat pada hari Isnin bertarikh 04 March 1985, si isteri tercinta Ibu Nyai Hj. Zainab telah pulang kerahmatullah karena sakit Tumor kandungan yang telah lama nyai alami. Sejak saat itulah kesihatan KH. Mahrus Aly mulai terganggu, bahkan banyak yang tidak sanggup melihat KH. Mahrus Aly terus menerus hanyut dalam kedukaan, hinggakan banyak yang menyarankan agar KH. Mahrus Aly menikah lagi supaya ada yang mengurus beliau, namun dengan sopan beliau menolaknya. Hingga kemuncaknya yakni pada sabtu pagi pada 18 mei 1985 kesihatan beliau benar-benar terganggu, bahkan setelah sarat selama 4 hari di RS Bayangkara Kediri akhirnya beliau dihantar ke RS Dr. Soetomo Surabaya dengan menggunakan Helikopter atas perintah Pangab LB. Moerdani, manusia berusaha namun Allah Jualah yang menentukan, meskipun pelbagai usaha perubatan yang paling canggih sekalipun telah diusahakan oleh semua doktor yang terbaik di Dr. Soetomo surabaya, akhirnya KH. Mahrus Aly pulang kerahmatullah, tepat pada Hari Ahad malam Senin 06 Ramadlan 1405 H/ 26 Mei 1985, tepat lapan hari setelah beliau dirawat di surabaya. Berita kematian KH. Mahrus Aly membuatkan peristiwa dukacita yang sangat mendalam bagi keluarga besar Pondok Pesantren Lirboyo, kerana mereka semua telah kehilangan mentor yang selama ini mereka idolakan dan mereka bangga-bangakan. Beliau wafat diusia 78 tahun.
Sekilas Kenangan Anak Didik Kiyae Mahruz..
Sejenak merenung sambil melihat wajah 3 tokoh ilmuwan terkenal di Pondok Pesanteren Lirboyo Kediri , Jawa Timur ini membuatkan hati insan yang merasai kemanisan iman dan ilmu islam akan tersentuh apabila membaca serta meneliti kisah-kisah hidup mereka semasa menjalani mujahadah di dalam mencari mutiara ilmu.. Termasuklah diri kami yang sentiasa merindui kenangan lama bersama anak murid kiyae tersebut yang di sebut dengan panggilan mesra Haji Solahuddin atau nama sebenarnya iaitu Mahabbun Bin Haji Zam Zam yang sudi mengajar,mendidik dan melatih kami dalam memahami serta mematangkan ilmu kami di dada kami sendiri.. Beliau juga adalah anak didik Kiyae Mahrus ketika mana beliau di Ponpes Lirboyo seketika dahulu..
Sejarah hidupnya yang sentiasa sederhana walaupun ramai yang mengangkat kedudukkan beliau akan tetapi beliau menganggap dirinya sendiri sebagai insan yang sama seperti mana insan lain yang tiada beza disisi Allah melainkan Taqwa.. Kalamnya yang menyembuhkan hati manusia yang jahil,menyerdaskan akal yang buntu.. menguatkan semangat yang hilang.. Pemergiannya membawa kesan kepada kami yang senantiasa menginginkan ilmu seperti mutiara yang hanya digilap olehnya..
Semoga roh-roh mereka semua dan mereka-mereka yang sentiasa ikhlas di dalam membawa dan yang mengangkat agama Allah agar sentiasa dinaungi dan dirahmati oleh Allah.. Ingatan & rindu kami kepadanya tidak akan luput dan kami sentiasa berdoa agar kami akan bertemu di dalam syurga yang abadi bersama beliau insyaallah.. amin..Sedetik seseorang insan itu mengingati kematian lebih mulia dari seorang 'Abid yang beribadah tanpa keikhlasan.. Fi Amanatillah..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
ble bc artikel ni,tringat sgt kat atok.rindunyeeeee.....yg psti sumenye akn kmbali pd Sang Pencipta,krna hnya Die yg layak n tmpat kmbali tuk sekelian hmba2..salam ziarah n sedeqah al-fatehah wt arwah hj salahuddin.mg rohnye d dlm rahmat dn ksh syg Allah slalu dn d tempatkn bsama org2 yg soleh lg b'taqwa.amiinn...mg ank didik atok sntiasa tsabbat dlm medan pjuangan tuk m'harungi realiti dunia pd zmn akn dtg.skian..
BalasPadamterima kasih sudi ziarah blog ni.. apa pun semoga kita juga di dalam golongan hamba yang sentiasa dinaungi bersama2 sekalian hamba2 yang sentiasa bersama Sang Pencipta..
BalasPadamsahabat sufi berkata:
BalasPadamTerima kasih Aiman Hadi yg menyediakan ruang buat guru tersyg.. sekurang2nya dpt mengubat rasa rindu..Kini kenangan dan amalan yg diberi guru saja yg ditinggalkan..Teringat saat bergurau senda, memujuk dan meminta potongan ayat2 amalan baru, guru merajuk gara2 kesibukan murid2 (A.RADZI,A.GHANI,AIMAN dan JANA KOPROT)..Ya Allah, indah pengalaman kami..Terima kasih guru.. Doa kami agar di akhirat nnti kite bersatu semula GURU... InsyaAllah..
sya sngt mengidolakn beliau. KH.MAKHRUS ALI. moga MHM lirboyo makin pesat dgn pnddikan agma islamnya..
BalasPadam