Jumaat, 30 Julai 2010

Hantu & Jin Boleh Di Kaji Dengan Ilmu Fizik !!


وما خلقت الجن والانس الا ليعبدون
''Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku''.. At-Thur : 56


Siapa menyangka.. filem Drakula yang ada adegan terbakar apabila terkena sinaran matahari, dan filem Ghostbuster yang diselitkan adegan penangkapan dan penembakkan hantu menggunakan peralatan elektronik. ternyata semuanya itu adalah berfakta.

Malah, beberapa kepercayaan yang dianggap khurafat dalam masyarakat kita seperti meletakkan gunting besi disamping mayat atau menggantung cermin di depan pintu sebenarnya boleh dibuktikan secara sains untuk menghindari gangguan hantu atau jin.

Penyelidik yang juga Dekan Fakulti Sains Warna Universal, Universiti Perubatan Antarbangsa Sri Langka; Prof Dr Sir Norhisham Wahab, mengatakan bahawa hantu dan jin tidak memiliki unsur jasad menyebakan mereka tidak dapat dilihat, tetapi kewujudan mereka dapat dibuktikan dengan ilmu sains fizik quantum dan boleh di adaptasi dengan teknologi gelombang.

“Hantu dan jin wujud secara tidak nyata kerana tidak terikat kepada jisim, graviti bumi serta bebas daripada ikatan karbon, molekul dan atom. Berbeza dengan manusia yang terbentuk daripada partikel atom atau unsur yang menyusun semua benda.

“Hantu dan jin bagaimanapun termasuk dalam ghaib nisbi dan boleh diukur dengan menggunakan gelombang bunyi dan gema,” kata Prof Dr Sir Norhisham Wahab yang mendalami kajian dalam bidang ini selama sembilan tahun. Katanya, apabila kajian dilakukan, timbul persoalan bagaimana unsur hantu dan jin dari sudut fisik? usaha terpenting iaitu membantu manusia menghindari gangguan jin dan hantu dapat dilakukan dengan kaedah penghasilan penawar dan pemulihan menggunakan teknologi.

Dr Norhisham berkata, jin dan hantu terdiri daripada unsur gelombang, mereka dapat menguasai ruang dan waktu didalam tubuh manusia yang mampu memberi atau menyebabkan kesan negatif terhadap kesihatan hingga ke tahap mental.

Beliau berkata, untuk merawat gangguan jin dan hantu, kaedah pemulihannya adalah dengan mengambil kembali ruang dan waktu pada tubuh atau organ manusia yang diresap jin atau hantu.

Usaha memancarkan gelombang untuk merawat gangguan makhluk halus juga sebenarnya tidaklah sesukar seperti yang kita bayangkan, tidak perlu peralatan yang menyerupai senjata, mesin yang besar, sebaliknya gelombang bisa ditangkap dalam medium seperti air dan unsur yang sesuai.

“Kami menciptakan alat radionik iaitu teknologi yg merakam 99 frekuensi gelombang berdasarkan 99 getaran tenaga atom di dalam sukros dan pesakit hanya perlu memakan pil itu secara berterusan untuk memancarkan gelombang ke dalam tubuh,” katanya.

Sesuatu yang menarik adalah teori drakula akan terbakar jika terkena cahaya matahari adalah benar. Hantu memiliki gelombang tidak seimbang, dan cahaya matahari berfungsi menyeimbangkan gelombang alam. Apabila gelombang tidak seimbang terkena cahaya matahari, ia akan musnah karena gelombangnya menjadi seimbang dan hantu itu akan terbakar.

“Besi mampu memerangkap gelombang buruk atau negatif dan hantu tidak menyukai medan elektrik, jadi konsep hantu ditembak dengan alat elektrik untuk mencederakan dan disimpan di dalam kotak besi seperti filem Ghostbuster adalah benar.

“Begitu juga dengan amalan meletakkan gunting besi di tepi mayat kerana besi mampu menangkap atau menarik muatan elektrik positif pada seseorang apabila seseorang itu meninggal dunia.

“Cermin mampu menyerap cahaya termasuk gelombang elektromagnetik yang memiliki kesan radiasi yang boleh mengganggu gelombang hantu dan jin. Perkara-perkara seperti ini bukan khurafat tetapi kita perlu memahami konsepnya,” katanya..(Dr Norhisham).

Suatu fakta ironis yang mengatakan adalah kebanyakan manusia takut akan hantu walaupun pada hakikatnya, hantu juga takut berhadapan dengan manusia karena penglihatan manusia memiliki foton cahaya yang cenderung mengeluarkan atau memancarkan elektron untuk membentuk ion positif.

“Hantu dan Jin juga terbentuk dari ion positif dan apabila ion positif bertemu dengan ion positif dalam kesatuan tenaga elektrik, ia mampu mencederakan atau menghindarkan mereka,” ujarnya lagi.

Renungan..

Walaupun ini adalah kajian fizik semata2 akan tetapi boleh kita ambil faedah dengan semua kajian ini berdasarkan iman kita.. Hanya Allah Pemutus Segalanya dan Allah jugalah yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui..والله أعلم بالصواب

3 ulasan:

  1. assalamualaikum, mmg tak ad orng ke bca blog ni??? tak satu atikel pun ad komen apsal???

    BalasPadam