Isnin, 2 Ogos 2010

Lailatul Qadr

apakah benar lailatul qadr hanya ada di bulan ramadhan?


Contoh kiraan huruf jumal :


Pengenalan Ilmu Huruf :



Ahad, 1 Ogos 2010

Renungan & Nasihat

Dr. Mark Hamer dari University College London mengatakan penelitian sebelumnya menunjukkan perokok berisiko tinggi terkena gangguan mental, khususnya kemurungan..“Masalahnya, penelitian semacam ini tidak mudah ditafsirkan karena jelas orang yang sudah terkena gangguan mental menggunakan rokok untuk mengubati dirinya,”katanya...

bahaya rokokDalam pengkajian ini, Dr. Hamer dan rakan-rakannya menggabungkan peringkat penghirupan asap tembakau dengan berbagai wawancara yang terfokus pada isu kesihatan jiwa. Mereka mendapati bahawa orang yang tidak merokok akan tetapi secara rutinnya terkena asap tembakau adalah berisiko lebih besar yang akan mengalami gangguan kejiwaan, dan gangguan kesihatan mental akan meningkat seiring dengan meningkatnya frekuensi menghirup asap tembakau..“Kami mneemukan bahawa perokok tegar berisiko tinggi terkena kemurungan dan kegelisahan,” jelas  Dr. Hamer.

Dr. Hamer menambah bahawasanya mereka juga mendapati orang yang menghirup asap rokok orang lain lebih besar kemungkinannya memasukki hospital mental akibat penyakit kejiwaan berbeza dari mereka yang tidak menghirup asap rokok.
  
Untuk menyimpulkan secara tepat tentang bahaya asap rokok yang dihirup, para pengkaji telah membuat analisa yang menimbulkan tanda tanya dimanakah punca sebenar kebiasaan seseorang terhidu asap rokok? Apa pun yang menghairankan adalah jawabannya bukan sahaja berpunca tempat kerja, restoran, atau club malam sahaja, akan tetapi jawapannya adalah berpunca dari rumah juga..

Kajian Tersirat..

Ramai yang tidak mengetahui bahawa setiap punting rokok yang dihisap telah disemburkan dengan sejenis arak yang boleh membuatkan seseorang penghisap rokok untuk mengulangi semula perbuatan tersebut(gian).. Tujuan digunakan arak tersebut untuk menarik ramai penghisap rokok sebagai tanda keuntungan israil di dalam menjayakan misi mereka untuk menghancurkan islam di negara -negara islam dan juga menjatuhkan pemuda2-pemuda islam sedikit demi sedikit.. renungkanlah dah berhati-hatilah dengan semua permainan yahudi laa'natullah..Semoga kita tergolong di dalam golongan yang dijauhkan dari golongan yang telah di sebutkan ini...

Jumaat, 30 Julai 2010

Hantu & Jin Boleh Di Kaji Dengan Ilmu Fizik !!


وما خلقت الجن والانس الا ليعبدون
''Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku''.. At-Thur : 56


Siapa menyangka.. filem Drakula yang ada adegan terbakar apabila terkena sinaran matahari, dan filem Ghostbuster yang diselitkan adegan penangkapan dan penembakkan hantu menggunakan peralatan elektronik. ternyata semuanya itu adalah berfakta.

Malah, beberapa kepercayaan yang dianggap khurafat dalam masyarakat kita seperti meletakkan gunting besi disamping mayat atau menggantung cermin di depan pintu sebenarnya boleh dibuktikan secara sains untuk menghindari gangguan hantu atau jin.

Penyelidik yang juga Dekan Fakulti Sains Warna Universal, Universiti Perubatan Antarbangsa Sri Langka; Prof Dr Sir Norhisham Wahab, mengatakan bahawa hantu dan jin tidak memiliki unsur jasad menyebakan mereka tidak dapat dilihat, tetapi kewujudan mereka dapat dibuktikan dengan ilmu sains fizik quantum dan boleh di adaptasi dengan teknologi gelombang.

“Hantu dan jin wujud secara tidak nyata kerana tidak terikat kepada jisim, graviti bumi serta bebas daripada ikatan karbon, molekul dan atom. Berbeza dengan manusia yang terbentuk daripada partikel atom atau unsur yang menyusun semua benda.

“Hantu dan jin bagaimanapun termasuk dalam ghaib nisbi dan boleh diukur dengan menggunakan gelombang bunyi dan gema,” kata Prof Dr Sir Norhisham Wahab yang mendalami kajian dalam bidang ini selama sembilan tahun. Katanya, apabila kajian dilakukan, timbul persoalan bagaimana unsur hantu dan jin dari sudut fisik? usaha terpenting iaitu membantu manusia menghindari gangguan jin dan hantu dapat dilakukan dengan kaedah penghasilan penawar dan pemulihan menggunakan teknologi.

Dr Norhisham berkata, jin dan hantu terdiri daripada unsur gelombang, mereka dapat menguasai ruang dan waktu didalam tubuh manusia yang mampu memberi atau menyebabkan kesan negatif terhadap kesihatan hingga ke tahap mental.

Beliau berkata, untuk merawat gangguan jin dan hantu, kaedah pemulihannya adalah dengan mengambil kembali ruang dan waktu pada tubuh atau organ manusia yang diresap jin atau hantu.

Usaha memancarkan gelombang untuk merawat gangguan makhluk halus juga sebenarnya tidaklah sesukar seperti yang kita bayangkan, tidak perlu peralatan yang menyerupai senjata, mesin yang besar, sebaliknya gelombang bisa ditangkap dalam medium seperti air dan unsur yang sesuai.

“Kami menciptakan alat radionik iaitu teknologi yg merakam 99 frekuensi gelombang berdasarkan 99 getaran tenaga atom di dalam sukros dan pesakit hanya perlu memakan pil itu secara berterusan untuk memancarkan gelombang ke dalam tubuh,” katanya.

Sesuatu yang menarik adalah teori drakula akan terbakar jika terkena cahaya matahari adalah benar. Hantu memiliki gelombang tidak seimbang, dan cahaya matahari berfungsi menyeimbangkan gelombang alam. Apabila gelombang tidak seimbang terkena cahaya matahari, ia akan musnah karena gelombangnya menjadi seimbang dan hantu itu akan terbakar.

“Besi mampu memerangkap gelombang buruk atau negatif dan hantu tidak menyukai medan elektrik, jadi konsep hantu ditembak dengan alat elektrik untuk mencederakan dan disimpan di dalam kotak besi seperti filem Ghostbuster adalah benar.

“Begitu juga dengan amalan meletakkan gunting besi di tepi mayat kerana besi mampu menangkap atau menarik muatan elektrik positif pada seseorang apabila seseorang itu meninggal dunia.

“Cermin mampu menyerap cahaya termasuk gelombang elektromagnetik yang memiliki kesan radiasi yang boleh mengganggu gelombang hantu dan jin. Perkara-perkara seperti ini bukan khurafat tetapi kita perlu memahami konsepnya,” katanya..(Dr Norhisham).

Suatu fakta ironis yang mengatakan adalah kebanyakan manusia takut akan hantu walaupun pada hakikatnya, hantu juga takut berhadapan dengan manusia karena penglihatan manusia memiliki foton cahaya yang cenderung mengeluarkan atau memancarkan elektron untuk membentuk ion positif.

“Hantu dan Jin juga terbentuk dari ion positif dan apabila ion positif bertemu dengan ion positif dalam kesatuan tenaga elektrik, ia mampu mencederakan atau menghindarkan mereka,” ujarnya lagi.

Renungan..

Walaupun ini adalah kajian fizik semata2 akan tetapi boleh kita ambil faedah dengan semua kajian ini berdasarkan iman kita.. Hanya Allah Pemutus Segalanya dan Allah jugalah yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui..والله أعلم بالصواب

Kemusnahan Israel

bismillah


Dan Telah Kami tetapkan terhadap Bani Israil dalam Kitab KU: "Sesungguhnya kamu akan membuat kerusakan di muka bumi ini dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar". ( Al-Isra : 4).


Meramal Kehancuran Israel


AYAT INI terkandung di dalam surah Al-Isra, yang jumlahnya adalah 111 ayat, yang juga diturunkan di Makkah. Dinamakan surah Al-Isra' karena pada ayat pertamanya mengisahkan tentang perjalanan Isra-Mi'raj nabi Muhammad saw yang belum pernah dilakukan oleh nabi-nabi sebelumnya, bahkan oleh makhluk Allah yang mana pun setelah itu.

Topik utama surah al-Isra tak terlepas dari masalah akidah seperti ghalibnya surah-surah 'Makiyah' lain. Surah ini juga mengisahkan beberapa hal penting yang berkisar syariat ibadah, keluhuran akhlak, etika, nilai-nilai spiritual, isyarat penting dan beberapa catatan sejarah. Di kesempatan ini Penulis berfokus pada masalah ayat keempat yang meramalkan kehancuran bangsa Bani Israil di muka bumi ini.

Pendapat ahli tafsir

1. Al-Maraghi menulis: yang dimaksud dengan membuat 'kerusakan dua kali' ialah pertama menentang hukum Taurat, membunuh nabi Yusya' dan memenjarakan Armia. Kedua yaitu membunuh nabi Zakaria dan bermaksud untuk membunuh nabi Isa a.s. Akibat perbuatan tersebut, Jerusalem dihancurkan.

2. Dalam "Fi Zhilal al-Quran", syeikh Sayyid Quthb menjelaskan ayat tersebut: "ketetapan (yang di maksud) ialah penghabaran dari Allah mengenai sesuatu yang akan terjadi pada mereka dari sudut pandang Allah Yang Maha tahu akan kesombongan mereka. Bukan ketetapan (pemaksaan) yang timbul dari perbuatan mereka sebab Allah swt tak mungkin memberi ketetapan untuk menghancurkan seseorang dengan membinasakannya (Innallaaha laa ya'muru bil fahsyaa.... [sesungguhnya Allah tidak memerintahkan keburukan]). Allah Maha tahu apa yang akan terjadi 'dari sesuatu yang ada', sebab ilmu-Nya meliputi segala sesuatu, dan 'akan adanya sesuatu' yang bakal terjadi. Kalau dikaitkan pada pengetahuan manusia, tentu sesuatu itu belum terjadi dan tidak menyingkapkan tabir sesuatu pun. Allah swt memutuskan kepada Bani Israil melalui kitab yang diturunkan kepada nabi Musa as bahawa: mereka akan dihancurkan DUA KALI selama mereka di muka bumi ini. Mereka akan menggunakan kesombongannya serta menguasai tanah suci. Ketika mereka sedang leka memusnahkan bumi ini, Allah mengutuskan salah seorang hamba pilihan-Nya untuk menyucikan kehormatan mereka dengan menghancurkan mereka sehancur-hancurnya!

3. Penulis buku Shofwat al-Bayan li Ma'ani al-Quran mengatakan: Dan Telah Kami tetapkan terhadap Bani Israil artinya Kami wahyukan kepada Bani Israil dalam arti Kami ajari dan Kami mengkhabarkan di dalam Taurat tentang dua kali kerusakan yang akan terjadi pada mereka, tempatnya di negeri Syam. Menurut mufassir ini, kerusakan yang dimaksudkan adalah di dalam dua keadaan: Pertama, merubah Taurat dan tidak mau mengamalkannya, menahan dan melukai Armia ketika mengabarkan tentang nabi Muhammad SAW. Kedua membunuh nabi Zakariya as dan Yahya as.

Bebebapa Indikasi Nubuwwat dalam Al-Quran:

Wa Qadhaina
- Dan Telah Kami tetapkan

Qadha dalam bahasa Arab artinya menghukum, memerintahkan atau memberitahu tentang sesuatu ketetapan dan memutuskannya. Maksudnya ialah memutuskan sesuatu baik secara perkataan mahupun dengan perbuatan. Kadang kala qadha juga bermakna mencipta, memperkirakan, berekreasi dan menyelesaikan segala urusan. Qadha lebih khusus daripada qadar karena qadha adalah keputusan dari taqdir. Dengan kata lain qadar ialah takdir sedangkan qadha ialah memutuskan dan memastikan apa yang sudah ditakdirkan, sedangkan qadar ialah sesuatu yang belum qadha (diputuskan) maka masih boleh diharapkan lagi pembelaan dari Allah. Namun apabila sudah qadha (diputuskan) tidak akan ada lagi pembelaan dan cara menghindarinya.

Kata kerja qadhaina pada ayat di atas bermakna ikhbar (informasi), bukan ijbar (memaksa). Ini berkaitan dengan ilmu Allah swt, suatu ilmu yang syumuli (maha luas) dan meliputi segala-segalanya, baik yang lalu, masa kini, mahupun masa yang akan datang. Semua itu milik-Nya, dan karenanya segala bentuk waktu tadi di mata Allah selalu "sedang terjadi" sebab sang waktu adalah ciptaan-Nya sendiri. Sang Khaliq meliputi semua makhluk-Nya. Sedangkan semua ciptaan-Nya, termasuk manusia yang lemah tiada berdaya, tak akan mampu memberi batasan sang Khaliq. Masa depan dalam sudut pandang (ilmu) manusia ialah sesuatu yang belum pernah terjadi, sedangkan menurut ilmu Allah ia "ada" dan memang "nyata". Karena ia ada dan nyata, maka tidak hairanlah jika Allah mengetahui pasti bahawa Bani Israil akan binasa di muka bumi... bahkan dua kali! Mereka mengimplementasikan segala kesombongannya itu pada bangsa-bangsa lain di muka bumi ini, wabilkhusus "tanah suci" Palestin. Ketika mereka sudah benar-benar mencapai puncak keserakahan, Allah swt akan "mengutus" seorang hamba pilihan-Nya yang akan menaklukkan, menghancurkan dan menghinakan mereka selamanya.

..."Kepada Bani Israil"

Israil adalah Ya'qub bin Ishaq bin Ibrahim. Tiga rentetan nama ini semuanya nabi-nabi Allah yang diutus ke muka bumi. Arti nama Israil ialah 'hamba Allah', namun tidak diketahui pasti sejarahnya selain fakta yang menunjukkan bahawa ia dilahirkan di masa datuknya yang masih hidup, iaitu Ibrahim alaihissalam. Beliau (Israil alias nabi Ya'qub) meninggal dunia di Mesir di samping anaknya yaitu Yusuf as. Beliau disebut Abul Asbath 'Bapak Sabath', dan dari sinilah kemudian anak-cucunya disebut Banu atau Bani Israil. Israil, nama lain dari Ya'qub, menetap di negara Mesir selama 24 tahun. Sebelum meninggal, ia sempat berwasiat kepada anaknya, Yusuf as, agar ia dikebumikan di samping ayahnya, Ishaq as. Yusuf memenuhi amanat tersebut: beberapa saat setelah Ya'qub wafat, ia langsung mengangkat orang tuanya di dalam peti ke tanah Palestin, di samping pusara datuknya.

Beberapa kalangan pengkaji menyebut bahawa Yahudi sekarang ini merupakan keturunan nabi Ya'qub. Padahal Yahudi sama seperti agama-agama sebelumnya terdiri dari para pemeluk agama yang berasal dari ras, suku, etnis, budaya dan bangsa-bangsa lain yang ada di bumi ini. Ada pula yang mengastakan kemurniaan darah Yahudi dari percampuran darah lain. Tuduhan-tuduhan tersebut dapat disangkal dengan mudah oleh ilmu genetika. Kehadiran keturunan-keturunan Yahudi dari berbagai suku, bangsa dan ras pada saat ini adalah bukti tentang keragaman asal-usul Yahudi yang berperingkat.

Terbukti bahawa Yahudi Khazar (Yahudi Rusia dan Eropa Timur) sudah mencapai 92% Yahudi dunia. Khazar ialah bangsa di zaman kuno yang akar sejarahnya dimulai dari Turki, Mongol, dan Tatar yang hidup di wilayah antara lembah Folga dan lembah Danob, laut hitam dan laut Qazwin, dan tiada kaitannya dengan bangsa Arab ataupun asal-usul percampuran. Bangsa ini hidup di dua abad, iaitu abad ke-2 dan abad ke-10 Masihi di kerajaan pagan sekitar laut Qazwin yang dikenal dengan nama kerajaan Khazar. Jalannya pemecah Eropa Timur adalah melalui rangkaian perang yang telah berlangsung berabad-abad.

Pada pertengahan abad 8 Masihi (tepat pada tahun 740 Masihi) para pendeta Yahudi datang ke kerajaan Khazar menawarkan sesuatu. Mereka meminta kepada raja Khazar yang dikala itu bernama raja Bulan untuk menerima Yahudi sebagai agamanya. Tak lama kemudiannya Bulan masuk agama Yahudi. Seiring dengan masuknya sang raja ke dalam agama Yahudi, kerajaan itu memaksa seluruh penduduknya untuk beragama Yahudi pula. Sejak saat itu agama Yahudi adalah rasmi sebagai agama kerajaan.

Di abad-10 Masihi pemerintahan Rusia tetap bertahan dari inovasi kerajaan Khazar yang terus memguasai negara itu. Namun sebagian besar penduduknya berhijrah ke negara-negara Eropah Timur. Sebahagian diantaranya berpindah ke Eropah Barat, Amerika dan Amerika Latin. Memang masih ada yang bertahan di sana, namun mereka hanyalah representasi Yahudi imperium kaisar Rusia. Mereka inilah yang kemudian disebut dengan nama Eskanazim (Saknag) alias "Yahudi Eropa Timur".

Sedangkan Yahudi non-Khazar kurang dari 8% dari populasi Yahudi dunia saat ini. Mereka adalah Yahudi Asia-Afrika dan negara-negara Andalusia yang dikenal dengan sebutan Esaradim (Sparadim). Ini bukti lain dari sanggahan terhadap satu jenis bahawa Yahudi terhindar dari percampuran darah dengan kasta-kasta lain di luar darah aslinya. Juga bukti yang memperkuatkan kegagalan suatu teori bahawa Yahudi berkait langsung dengan nabi yang mulia, Ya'qub alaihissalam. Satu tuduhan yang tentu saja ditentang oleh ilmu agama, terlebih lagi ilmu sejarah.

Di sini kitab suci hanya menyebut satu komuniti yang memiliki tingkatan keegoan tinggi yang dengan lancang sering menyatakan keyakinan yang salah bahawasanya hanya merekalah bangsa yang terpilih, anak-anak dan kekasih-Nya sedangkan makhluk-makhluk di luar komunitinya laksana binatang berkepala manusia sehingga mereka layak menjadi pelayan mereka. Tuhan, kata mereka, adalah Tuhannya Israel dan bangsa Israel saja. Sedangkan di luar mereka, tidak memiliki Tuhan sama sekali. Dengan alasan itulah mereka menghalalkan apa saja, darah, kehormatan, harta dan tanah milik orang lain. Mereka halalkan apa saja, sebab itu merupakan bentuk taqarub mereka kepada tuhan. Padahal, kasta tidak ada nilaiannnya dalam pandangan Allah, karena yang penting adalah ketakwaan dan keimanan seseorang. Dalam pandangan Allah, orang-orang terpilih adalah orang-orang yang tetap mengikuti agama Ibrahim, tanpa memandang kasta dan jenis.

Salah satu dari kenyataan mereka- "kami adalah bangsa pilihan Tuhan, anak-anak Tuhan, kekasih Tuhan." Kesombongan yang luar biasa. Karena itu Allah berfirman: Dan Telah kami tetapkan terhadap Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan membuat kerusakan di muka bumi ini dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar".

Kamu akan Membuat Kerusakan di Muka Bumi ini Dua Kali!

Pendapat yang paling bernas menyebut bahawa dua kali kerusakan yang dimaksudkan tentunya perlakuan yang terlarang dan yang terkejam diantara kejahatan-kejahatan lain yang pernah mereka lakukan sepanjang sejarah. Pendapat ini beranggapan bahawa berbuat onar merupakan bahagian yang dipisahkan dari mainframe psikologis mereka. Karena itu pada ayat selanjutnya al-Quran menyebut: "dan sekiranya kamu kembali kepada (kedurhakaan) niscaya Kami kembali (mengazabmu) dan Kami jadikan neraka Jahannam penjara bagi orang-orang yang tidak beriman." (QS. Al-Isra [17]: 8).



Kerosakkan Pertama yang paling dahsyat dilakukan kaum Bani Israil menurut kalangan ahli tafsir, ialah saat mereka berada di Madinah. Ketika itu mereka kembali menghadap Rasul dan menolak dakwahnya. Mereka sempat melobi Rasulullah, lalu kemudian membatalkan secara sebelah pihak seluruh kesepakatan yang dibuat bersama. Sejajar dengan pengkhianatan tersebut, mereka bekerjasama dengan kaum pagan untuk mengatasi Rasulullah saw. Tidak hanya itu, mereka bahkan berusaha meracuni dan membunuh Rasulullah saw, namun berkat pertolongan-Nya usaha mereka tidak berhasil. Sekalipun demikian, pengkhianatan demi pengkhianatan yang dilakukan Yahudi Bani Qainuqa, Bani Nadhir, Bani Quraizhah, dan Yahudi Khaibar tetap berlangsung. Lalu Rasulullah memerintahkan agar mereka disingkirkan secara total dari jazirah Arab. Sejak saat itulah jazirah Arab suci dari Yahudi-Yahudi pembangkang.

Kerusakkan besar-besaran yang kedua yang dilakukan Yahudi dimulai di bumi Palestin, tepatnya di tahun 1649. Saat itu mereka mendirikan gerakan Zionis di Inggeris yang menyeru para penganut Yahudi untuk pulang ke tanah Palestin setelah pemulihan selama 1600 tahun. Oleh karena itu mereka mulai menghimpunkan action-plan berupa menghancurkan negara khilafah islamiyah yang saat itu tengah berjaya. Rencana tersebut terlaksana, khilafah Islam itu dipecah melalui serangkaian perang yang berkecamuk tanpa henti. Negara-negara yang bersistem khilafah itu dipenggal menjadi 75 negara dan negara-negara kecil. Lalu di tangan Barat negara-negara itu ditawan dan dijajah satu persatu. Di tahun 1799 mereka menyeru imigrasi ke Palestin dan bermukim di tanah milik Palestin tahun 1854 melalui tekanan negara-negara Barat. Kemudian mereka mendirikan Persatuan Israel Dunia di Perancis tahun 1860. Di tengah-tengah cengkaman penjajah di tanah Arab, mulailah pemusatan besar-besaran kaum Yahudi di tanah Palestin.

Lalu di tahun 1895 seorang Yahudi berkelahiran Austria, Hertzel menerbitkan sebuah buku "Jews State" dan menggelar Konferens Zionis pertama di tahun 1897. Konferens selanjutnya masih terus digilap hingga kini. Melalui konferens tersebut, Yahudi berhasil mendalangi Perang Dunia I dan II sehingga Inggeris mendeklarasikan Perjanjian Balfoure di tahun 1917 dan mengetuai Revolusi Komunis di Rusia pada tahun yang sama.

Melalui mandat Inggeris, rencana penundukan Yahudi dunia di tanah suci Palestin berjalan mulus. Kesemuanya merupakan konspirasi global Yahudi di seluruh dunia baik tersembunyi atau terang-terangan. Lalu di tahun 1924 negara khilafah islamiyah benar-benar berakhir. Seiring dengan keruntuhan itu, empat tahun kemudian kaum Yahudi mendirikan negara Zionis dengan sombongnya. Empat kali perang berkecamuk sengit dengan korban nyawa yang tidak berdosa melalui serangan yang tidak berperikemanusiaan. Perang tersebut menimbulkan kerusakkan besar di wilayah itu sehingga keadaannya menjadi lebih teruk daripada berpuluh-puluh tahun sebelumnya.

Apa yang terjadi di bumi Palestin sepanjang abad, dan realisasi operasi militer di akhir Julai 2006 berupa penyerangan membabi buta terhadap negara berdaulat Lebanon tanpa mengindahkan kecaman dunia internasional, merupakan bukti keserakahan, kesombongan, kejahatan dan sikap arogan yang sangat terlalu. Sekali lagi nubuwwat (ramalan) al-Quran yang tersimpan 1400 tahun terbukti lagi:

Dan Telah Kami tetapkan terhadap Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan membuat kerusakan di muka bumi ini dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar". Maka apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) pertama dari kedua (kejahatan) itu, Kami datangkan kepadamu hamba-hamba Kami yang mempunyai kekuatan yang besar, lalu mereka bermaharajalela di kampung-kampung, dan itulah ketetapan yang pasti terlaksana. Kemudian Kami berikan kepadamu giliran untuk mengalahkan mereka kembali dan Kami membantumu dengan harta kekayaan dan anak-anak dan Kami jadikan kamu kelompok yang lebih besar. Jika kamu berbuat baik (berarti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri. Dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang kedua, (Kami datangkan orang-orang lain) untuk menyuramkan muka-muka kamu dan mereka masuk ke dalam mesjid, sebagaimana musuh-musuhmu memasukinya pada kali pertama dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa saja yang mereka kuasai. (Al-Isra : 4-8).

Ayat ini turun lebih dari 14 abad yang lalu, akan tetapi kejahatan, keangkuhan dan tindakan babarian Israel di jantung wilayah Arab hari ini dan seterusnya akan mereka lakukan tanpa akhir. Kebiadaban pengganas Israel dan perasaan tinggi hati dengan serangkaian penghancuran terhadap infrastruktur di beberapa tempat di Palestin dan Lebanon merupakan saksi paling tepat akan keberanan al-Quran. Dengan demikian, janji Allah sudah benar-benar dekat: dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahuinya (Yusuf : 21).

Selasa, 27 Julai 2010

Kenangan Ilmuwan Pondok Pesantren Lirboyo


عن أبي هریرة قال : قال رسول الله : (( إن الله تعالى قال: من عادى لي وليا فقد آذنته
بالحرب، وما تقرب إليَّ عبدي بشيء أحب إليَّ مما افترضته عليه، ولا یزال عبدي یتقرب
إليَّ بالنوافل حتى أحبه، فإذا أحببته آنتُ سمعه الذي یسمع به، وبصره الذي یبصر به،
ویده التي یبطش بها، ورجله التي یمشي بها، ولئن سألني لأعطينه ولئن استعاذني لأعيذنه
رواه البخاري ))

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : " Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman : Barangsiapa yang memusuhi waliKu ( orang yang setia padaku ), maka sesungguhnya aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Dan tiada seorang hambaku yang bertaqarrub ( beramal ) kepadaKu dengan sesuatu yang lebih Ku cintai hanya dari ia menunaikan semua yang ku fardhukan ke atas dirinya. Dan hendaklah hambaKu sentiasa bertaqarrub dirinya kepadaKu dengan nawafil ( ibadat sunat ) sehingga Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, nescaya adalah Aku sebagai pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan sebagai penghilantannya yang ia melihat dengannya, dan sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya, dan sebagai kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan sekiranya ia meminta kepadaKu nescaya Aku berikan kepadanya, dan sekiranya ia memohon perlindungan kepadaKu nescaya Aku lindungi ia Hadis Ketigapuluh Sembilan Dari Ibn Abbas r.a, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : " Sesungguhnya Allah memaafkan bagiku daripada umatku segala perbuatan dari kesilapan dan kelupaan dan segala yang dipaksa ke atas diri mereka..



KH. MAHRUS ALY

Beliau lahir pada tahun 1906 di Desa Gedongan kecamatan Astanajapura, Daerah Cirebon Jawa Barat, ayah beliau KH Aly bin Abdul Aziz dan ibu beliau Hasinah binti Kyai Sa’id, KH. Mahrus Aly adalah anak bongsu dari sembilan bersaudara. Masa kecil beliau dikenal dengan nama Rusydi, masa kecil beliau juga lebih lama mendiami tanah kelahirannya, sifat kepemimpinan beliau sudah nampak pada saat masih kecil, hingga beransur remaja, sehari-hari beliau menuntut ilmu di surau pesantren milik keluarganya, disinilah beliau diasuh oleh ayahnya sendiri KH Aly dan kakak Kandungnya Kyai Afifi. Pada saat beliau berusia 18 tahun, beliau melanjutkan pencarian ilmunya di Pesantren Panggung Tegal, asuhan Kyai Mukhlas abang iparnya sendiri, disinilah kegemaran belajar ilmu Nahwu KH. Mahrus Aly semakin teruji dan mahir, selain itu KH. Mahrus Aly juga belajar silat bersama Kyai Balya seorang juara pencak silat asal Tegal Gubug Cirebon. Pada saatnya mondok di tegal inilah KH. Mahrus Aly menunaikan ibadah haji pada tahun 1927, selanjutnya KH. Mahrus Aly meneruskan pencarian ilmunya di Pesantren Kasingan Rembang Jawa Tengah yang diasuh KH. Kholil, setelah 5 tahun menuntut ilmu dipesantren ini atau sekitar tahun 1936 KH. Mahrus Aly berpindah menuntut ilmu di Pondok Pesantren Lirboyo Kediri, apabila selesai membekalkan ilmu yang sangat tebal sehingga KH. Mahrus Aly hanya tinggal mendalami dan mengulangkaji saja, bahkan beliau diangkat menjadi Pengurus Pondok. Selama bermujahadah ilmu di Lirboyo beliau, dikenal sebagai pelajar yang tak pernah letih mengaji, jika waktu cuti tiba, maka beliau akan gunakan untuk mengulangkaji dan mengaji di Pesantren lain, seperti Pondok Pesantren Tebu Ireng Jombang, asuhan KH. Hasyim Asy’ari. PP. Watu congol muntilan Magelang, asuhan Kyai Dalhar. Juga pondok pesantren Langitan tuban, Sarang dan Lasem Rembang.



Sebenarnya KH. Mahrus Aly belajar di Lirboyo tidaklah lama, hanya sekitar tiga tahun saja, namun karena kealimannya membuat KH. Abdul Karim menjadi jatuh hati, dan menjodohkannya dengan salah seorang puterinya yang bernama Zainab. Tepat pada tahun 1938. kemudian pada tahun 1944 KH. Abdul karim mengutus KH. Mahrus Aly untuk membangunkam kediaman disebelah timur Kompleks Pondok. Sepeninggalan KH. Abdul Karim, KH. Mahrus Aly bersama KH. Marzuqi Dahlan meneruskan tanggungjawab kepemimpinan Pondok Pesantren Lirboyo, ditangan mereka berdualah kemajuan pesat dicapai oleh Pondok Pesantren Lirboyo, banyak pelajar yang berduyun-duyun untuk menuntut ilmu dan mengharapkan barokah dari KH. Marzuqi Dahlan dan KH. Mahrus Aly, bahkan ditangan KH. Mahrus Aly lah, pada tahun 1966 lahir sebuah perguruan tinggi yang bernama IAIT (Institut Agama Islam Tribakti), peranan KH. Mahrus Aly dalam usaha membangkitkan kemerdekaan juga tidak boleh diremehkan, hal ini disebabkan peranan beliau dalam menghantar 97 pelajar pilihan dari pondok pesantren Lirboyo untuk menumpaskan sekutu di Surabaya, yang kebelakangan ini dikenal dengan peristiwa 10 November, hal ini juga yang menjadikan kemuncak berdirinya Kodam V Brawijaya. Selain itu KH. Mahrus Aly juga bertanggungjawab dalam penumpasan PKI di daerah kediri dan juga mempunyai link yang besar dalam perkembangan Jamiyyah Nahdlotul Ulama’, bahkan beliau diangkat menjadi Rois Syuriyah Jawa Timur selama hampir 27 Tahun, hingga akhirnya diangkat menjadi anggota Mutasyar PBNU pada tahun 1985.



Kabar dukacita menggegarkan Pondok Pesantren Lirboyo tepat pada hari Isnin bertarikh 04 March 1985, si isteri tercinta Ibu Nyai Hj. Zainab telah pulang kerahmatullah karena sakit Tumor kandungan yang telah lama nyai alami. Sejak saat itulah kesihatan KH. Mahrus Aly mulai terganggu, bahkan banyak yang tidak sanggup melihat KH. Mahrus Aly terus menerus hanyut dalam kedukaan, hinggakan banyak yang menyarankan agar KH. Mahrus Aly menikah lagi supaya ada yang mengurus beliau, namun dengan sopan beliau menolaknya. Hingga kemuncaknya yakni pada sabtu pagi pada 18 mei 1985 kesihatan beliau benar-benar terganggu, bahkan setelah sarat selama 4 hari di RS Bayangkara Kediri akhirnya beliau dihantar ke RS Dr. Soetomo Surabaya dengan menggunakan Helikopter atas perintah Pangab LB. Moerdani, manusia berusaha namun Allah Jualah yang menentukan, meskipun pelbagai usaha perubatan yang paling canggih sekalipun telah diusahakan oleh semua doktor yang terbaik di Dr. Soetomo surabaya, akhirnya KH. Mahrus Aly pulang kerahmatullah, tepat pada Hari Ahad malam Senin 06 Ramadlan 1405 H/ 26 Mei 1985, tepat lapan hari setelah beliau dirawat di surabaya. Berita kematian KH. Mahrus Aly membuatkan peristiwa dukacita yang sangat mendalam bagi keluarga besar Pondok Pesantren Lirboyo, kerana mereka semua telah kehilangan mentor yang selama ini mereka idolakan dan mereka bangga-bangakan. Beliau wafat diusia 78 tahun.



Sekilas Kenangan Anak Didik Kiyae Mahruz..


Sejenak merenung sambil melihat wajah 3 tokoh ilmuwan terkenal di Pondok Pesanteren Lirboyo Kediri , Jawa Timur ini membuatkan hati insan yang merasai kemanisan iman dan ilmu islam akan tersentuh apabila membaca serta meneliti kisah-kisah hidup mereka semasa menjalani mujahadah di dalam mencari mutiara ilmu.. Termasuklah diri kami yang sentiasa merindui kenangan lama bersama anak murid kiyae tersebut yang di sebut dengan panggilan mesra Haji Solahuddin atau nama sebenarnya iaitu Mahabbun Bin Haji Zam Zam yang sudi mengajar,mendidik dan melatih kami dalam memahami serta mematangkan ilmu kami di dada kami sendiri.. Beliau juga adalah anak didik Kiyae Mahrus ketika mana beliau di Ponpes Lirboyo seketika dahulu..

Sejarah hidupnya yang sentiasa sederhana walaupun ramai yang mengangkat kedudukkan beliau akan tetapi beliau menganggap dirinya sendiri sebagai insan yang sama seperti mana insan lain yang tiada beza disisi Allah melainkan Taqwa.. Kalamnya yang menyembuhkan hati manusia yang jahil,menyerdaskan akal yang buntu.. menguatkan semangat yang hilang.. Pemergiannya membawa kesan kepada kami yang senantiasa menginginkan ilmu seperti mutiara yang hanya digilap olehnya..

Semoga roh-roh mereka semua dan mereka-mereka yang sentiasa ikhlas di dalam membawa dan yang mengangkat agama Allah agar sentiasa dinaungi dan dirahmati oleh Allah.. Ingatan & rindu kami kepadanya tidak akan luput dan kami sentiasa berdoa agar kami akan bertemu di dalam syurga yang abadi bersama beliau insyaallah.. amin..Sedetik seseorang insan itu mengingati kematian lebih mulia dari seorang 'Abid yang beribadah tanpa keikhlasan.. Fi Amanatillah..

Isnin, 26 Julai 2010

Petua Di Dalam Rahsia


Assalamu Alaikum..

Mohon Maaf sekiranya sesiapa yang Tidak Berkenan dengan tulisan saya ini, apa pun insyaallah saya akan cuba meluruskan niat saya yang adalah hamba yng kerdil dan bodoh ini tidak layak untuk membahaskan Tentang Rahsia Rijalul Ghaib.. apa pun cuma sekadar ingin berkongsi ilmu yang sedikit ini..

Insya Alloh, Tidak Bermaksud untuk menggurui semua pembaca akan tetepi harapan insan yang sederhana ini hanyalah untuk melengkapi tulisan ini, supaya yang Umum tidak simpang siur seperti saya ini, Sebetulnya Yang dimaksud Rijalul Ghaib adalah Mahluk Alloh yang Tidak nampak oleh Manusia yang Tugasnya adalah Untuk Membantu manusia dalam memenuhi Keperluan2 Manusia.

Seperti Ditegaskan Oleh Imam Ahmad Bin Al Bauni di dalam Kitabnya Manbaul Ushulil Hikmah hal.230 :

Bahwa Harus Diketahui, Bahwa Alloh Yang Maha Agung dan Maha Tinggi dengan Kemurahannya yang Besar Terhadap manusia, Dia Ciptakan Ruh-Ruh dari Suci dari Bangsa Malaikat/Orang suci/Auliya yang berkeliling keseluruh muka Bumi, Untuk membatu orang-orang yang Mempunyai Hajat,Keinginananya, Supaya Keinginan terpenuhi dan Hajat Tercapai, Barang Siapa yang Bertepatan waktu hajatnya dengan Arah Tempat Mereka Berada, Kemudian berdoa Kepada Alloh SWT, Mereka akan mengamininya doa itu,doa itu akan dikabulkan dan Permintaan akan diperolehnya.

Imam Ahmad bin Ali Al-Buni dalam Manba Ushul Al-Hikmah-nya menjelaskan tentang rijalul ghaib ini sebagai berikut:

"Ketahuilah, bahwa Allah Yang Maha Agung dan Maha Luhur dengan kemurahannya yang besar terhadap manusia, Ia menciptakan ruh-ruh berkarakter malaikat yang berkeliling diseluruh penjuru bumi. Para ruh tersebut membahagiakan orang-orang yang memiliki hajat dengan membantu menunaikan hajat-hajat mereka dan membantu mencapai keinginan-keinginan mereka.

Maka barangsiapa yang bertepatan waktu hajatnya dengan arah dimana para rijalul ghaib itu berada dan berdoa kepada Allah pada
saat itu juga, para rijalul ghaib itu akan mengamini doanya tersebut maka akan terkabulkan hajatnya serta tercapai apa yang ia minta".
 
Jadi Untuk Mengetahui posisi Rijalul Ghaib, Ahli Hikmah dan Mukasyafah telah menentukan kebisaan di mana letaknya menurut perhitungan Bulan Hijriah, Kerana d sebabkan posisinya itu berubah-rubah.

Kiblat: haribulan Hijriahnya = 1,4,15,13
Barat : haribulan Hijriahnya = 17,18,19
Utara : haribulan Hijriahnya = 10,11
Timur : haribulan Hijriahnya = 4.5.6
Selatan : haribulan Hijriahnya = 25,26,27


Dan beberapa Kyai Ahli sufi yg ahlinya di dalam hal tersebut yang tidak mahu saya sebutkan, mengatakan :
Barangsiapa yang berhajat,Setelah Mengetahui Posisi mereka maka Sholatlah Hajat 2 Rakaat bisa 7 malam, 21 malam 40 malam, dan sesudah salam dalam sholat hajat.(Lebih Afdhol Dengan BerPuasa Sunah) seterusnya memohon hajat.. Hal ini sesuai dengan hadits yang diriwayatkan oleh Abu Ya`la, Ibnu al-Sunni, and At-Thabrani dalam al-Mu`jam al-Kabir bahwasanya Rasulullah bersabda:
 
    "Apabila seorang daripada kamu kehilangan sesuatu atau memerlukan pertolongan sedangkan dia berada di suatu tempat yang tiada orang dapat menolongnya, maka hendaklah dia berseru: "Wahai hamba-hamba Allah, tolonglah aku..!! ''(yaa 'ibaadallaah aghiitsuunii)" sesungguhnya bagi Allah itu ialah hamba-hamba yang kita tidak nampak."

TANDA KEJAHILAN AHLI HAKIKAT


JIKA KAMU MELIHAT SESEORANG (AHLI HAKIKAT) MENJAWAB SETIAP PERTANYAAN DAN MENERANGKAN SETIAP PENGLIHATAN (MATA HATI) DAN MENCERITAKAN SETIAP YANG DIKETAHUINYA, MAKA KETAHUILAH BAHAWA YANG DEMIKIAN ITU ADALAH TANDA KEJAHILANNYA.



Manusia digesa supaya menggunakan akal fikirannya untuk mengkaji tentang kejadian-kejadian alam maya ciptaan Tuhan Maha Pencipta. Semakin mendalam pengetahuan tentang ciptaan Allah s.w.t, semakin kelihatan kebesaran dan keagungan-Nya. Bertambah pula keinsafan tentang kelemahan yang ada pada diri manusia terutamanya dalam menghuraikan hal ketuhanan. Ilmu pengetahuan yang mahir dalam perbahasan tentang makhluk menjadi tidak bermaya apabila mencuba menyingkap Rahsia-rahsia ketuhanan. Bila mengakui akan kejahilan dirinya seseorang itu menyerahkan dirinya dengan beriman kepada Allah s.w.t. Penyerahan ini dinamakan aslim dan orang yang berbuat demikian dinamakan orang Islam. Orang yang beriman tidak membahaskan tentang Allah s.w.t kerana mereka mengakui kelemahan akal dalam bidang tersebut.

Bidang yang tidak dapat diterokai oleh akal masih mampu dijangkau oleh hati. Hati yang suci bersih mengeluarkan cahayanya yang dinamakan Nur Kalbu. Nur Kalbu menerangi akal dan bersuluhkan cahaya Nur Kalbu ini, akal dapat menyambung kembali perjalanannya dari ‘stesen’ ia telah berhenti. Perjalanan akal yang diterangi oleh cahaya Nur Kalbu mampu menyingkap perkara-perkara yang ghaib dan beriman dengannya walaupun akal manusia umum menafikannya.

Terdapat perbezaan yang besar antara akal biasa dengan akal yang diterangi oleh nur. Akal biasa beriman kepada Allah s.w.t berdasarkan dalil-dalil yang nyata dan logik. Akal yang beserta nur mampu menyelami di bawah atau di sebalik yang nyata iaitu perkara ghaib, dan beriman kepada Allah s.w.t berdasarkan pengalaman tentang perkara-perkara ghaib. Walaupun perkara ghaib itu tidak dapat diterima oleh akal biasa, tetapi akal yang bersuluhkan nur tidak sedikit pun ragu-ragu terhadapnya. Pengetahuan yang terhasil dari cetusan atau tindakan nur ini dinamakan ilmu hakikat, ilmu ghaib, ilmu Rabbani atau ilmu laduni. Walau apa pun istilah yang digunakan, ia adalah pengetahuan tentang ketuhanan yang didapati dengan cara mengalami sendiri tentang hal-hal ketuhanan, bukan menurut perkataan orang lain, dan juga bukan menurut sangkaannya sendiri.

Hatilah yang mengalami hal-hal tersebut dan pengalaman ini dinamakan pengalaman rasa, zauk atau hakikat. Apa yang dialami oleh hati tidak dapatdilukiskan atau dibahasakan. Lukisan dan bahasa hanya sekadar menggerakkan pemahaman sedangkan hal yang sebenar jauh berbeza. Jika hal pengalaman hati dipegang pada lukisan dan bahasa ibarat, maka seseorang itu akan menjadi keliru. Jika lukisan dan simbol diiktikadkan sebagai hal ketuhanan maka yang demikian adalah kufur!

Pemegang ilmu ghaib terdiri daripada dua golongan. Golongan pertama adalah orang yang terlebih dahulu memasuki bidang pembelajaran tentang tauhid dan latihan penyucian hati menurut tarekat tasauf. Pembelajaran dan latihan yang mereka lakukan tidak membuka bidang hakikat. Ini membuat mereka mengerti akan nilai dan kedudukan ilmu ghaib yang sukar diperolehi itu. Mereka hanya dapat belajar, melatih diri, kemudian menanti dan terus menanti. Jika Allah s.w.t berkenan maka dikurniakan sinaran nur yang menerangi hati si murid itu. Si murid itu pun mengalami dan berpengetahuan tentang hakikat. Pengetahuan yang diperolehi itu sangat berharga baginya dan dijaganya benar-benar, tidak dibukakannya kepada orang lain kerana dia tahu yang orang ramai sukar memahami perkara yang telah dialaminya itu.

Pemegang ilmu ghaib golongan kedua tidak pula melalui proses pembelajaran dan latihan seperti golongan pertama. Golongan ini tiba-tiba sahaja dibukakan hakikat kepada mereka (hanya Allah s.w.t mengetahui mengapa Dia berbuat demikian). Oleh sebab mereka memperolehinya dengan mudah dan tanpa asas pengetahuan yang kuat, mereka tidak mengetahui nilai sebenar pengetahuan yang mereka perolehi itu. Mereka menyangkanya sebagai ilmu biasa. Lantaran mereka memahaminya mereka menyangka orang lain juga memahaminya. Sebab itu mereka mudah memperkatakan ilmu tersebut di hadapan orang ramai. Oleh sebab ilmu ini tidak dapat diceritakan kecuali dengan ibarat, satu daripada dua kemungkinan akan berlaku.

1.Pertama, lantaran orang ramai melihat latar belakang orang hakikat tadi tidak mempunyai asas agama yang kuat, bukan orang alim, maka mereka menganggapnya pembohong dan pembawa cerita khayal.

2.Kedua, kemungkinan ada orang yang mempercayainya tetapi kepercayaan itu tertuju kepada ibarat bukan kepada yang diibaratkan. Kedua-dua kemungkinan tersebut adalah tidak sihat. Sebab itu dilarang keras memperkatakan tentang ilmu hakikat kepada bukan ahlinya. Orang yang menyebarkannya dengan mudah disebut orang jahil yang tidak tahu nilai berlian yang ada padanya.