Nama beliau dari keturunan sebelah bapa.
Mahyuddin Abu Muhammad Abdul Qadir Al Jilani bin Abu Saleh Musa bin Abdullah bin Yahya Al Jahid bin Al Imam Muhammad bin Al Imam Daud bin Al Imam Musa bin Al Imam Abdullah bin Al Imam Musa Al Jaun bin Al Imam Abdullah Al Mohd (lebih dikenali sebagai Al Majl) bin Al Imam Hassan alMuthni bin Al Imam Al Hassan Al Bast bin Al Imam AmirulMukmin ‘Ali bin Abu Talib, KarramAllahu wajhah.
Nama ibunya Fatimah binti Al Imam Abdullah bin Mahmud bin Kamaludin Isa bin Jamaluddin bin Al Imam Abdullah Al Sauma’i (lebih dikenali Al Zahid) bin Sayyidina Ali Zainal ‘Abidin bin Al Imam Al Hussein bin Al Imam ‘Ali bin Abu Talib, saudara Al Mustafa(s.a.w.) yang berkahwin dengan Fatimah Az Zahra Al Batul.
Beliau mendapat penggilan Al Jailani daripada Jilan, sebuah wilayah merdeka dari Negara Tabristan juga dikenali sebagai Kilan.. Abdul Qadir dilahirkan disini pada tahun 470H dan beliau kembali kerahmatullah pada 671H pada malam Sabtu , 10 Rabi’awal pada umur 91 tahun.
Riwayat Hidup Bapa Beliau.
Abu soleh seorang pemuda yang sangat kuat taqwanya sedang duduk ditebing sungai, apabila dilihatnya sebiji buah epal terapung dipermukaan sungai. Beliau mencapai buah epal itu lalu memakannya. Selesai makan beliau tersedar dan berkata dalam hati, "Kemungkinan buah epal ini ada tuannya. Aku telah memakannya tanpa izin pemiliknya. Aku kena cari pemiliknya dan minta halal daripadanya"
Beliau mengemudi kehulu sungai...... Setelah lama berjalan kelihatan sebuah rumah dengan kebun buah epal ditepi sungai. kelihatan sabatang pokok epal condong ke arah sungai. Hatinya berbisik, "Kemungkinan buah epal yang aku makan tadi adalah dari pokok ini". Lalu beliau berjumpa dengan tuan punya kebun. Tuan punya kebun itu adalah Shaikh Abdullah Sawma'I. Setelah memberi salam....
Abu Salih : Tuan, saya telah makan buah epal dari kebun tuan, yang mudik ke hilir sungai. Saya minta halal.!
Sheikh Sawma'I : (merenung wajah pemuda itu dengan tajam) Aku akan mema'afkan jika kamu memenuhi permintaan aku.
Abu Salih : Apa permintaan tuan?
Sheikh Sawma'I : Kamu mesti berkhadam kepada aku selama 2 tahun!
Abu Salih : (Setelah berfikir sekejap).....setuju. Insya Allah tuan. Saya akan berkhadam kepada tuan sebagaimana tuan kehendaki.!
Abu Salih adalah seorang hamba Allah yang wara' dan sangat kuat taqwanya. Beliau tak mahu sesuatu makanan yang tidak halal mengisi perutnya. Walaupun sebiji buah epal yang tidak halal baginya, cukup untuk menjadi soal dan perhitungan di Yaumul Mahsyar! ....
Namun!... tebusan untuk menggantikan sebiji buah epal dengan berkhadam selama 2 tahun. .....!!!
Masya Allah! Rasanya tak sanggup kita membuat pengorbanan demikian, semata2 kerana sebiji buah epal....kena berkhidmat selama 2 tahun.! Betapa mulia dan sucinya hati pemuda ini.!
Setelah berkhidmat selama 2 tahun....pada hari terakhir Abu Salih meminta izin untuk pulang.
Abu Salih : Tuan, saya telah berkhidmat selama yang tuan kehendaki. Saya minta izin pulang.
Sheikh Sawma'I : Aku akan halalkan jika kamu berkhidmat selama 2 tahun lagi.
Abu Salih : Baiklah saya akan berkhidmat sebagaimana tuan kehendaki!
Setelah selesai 2 tahun lagi berkhidmat, Abu Salih mohon izin pulang.
Shaikh Sawma'I : Aku akan halalkan jika kamu setuju mengahwini anak aku! Tetapi keadaan dia buta, tuli dan kudung! Sudikah kamu memenuhi syarat terakhir ku ini?
Abu Salih : (agak lama termenung......jika buta dan tuli boleh lagi tetapi kudung pulak.......macamana aku nak hidup dengan wanita seperti ini.....hati kecilnya berbisik! Tetapi beliau teringat akan tebusan nya kerana memakan sebiji epal dan janjinya kepada Sheikh Sawma'I, maka akhirnya beliau pun setuju dengan tidak sedikitpun kekesalan)
Hari perkahwinan tiba!
Setelah selesai 'aqad nikah, pengantin lelaki Abu Salih dibawa berjumpa dengan pengantin perempuan.
Sebaik saja masuk ke bilik pengantin perempuan, dilihatnya seorang wanita yang sangat cantik berseri-seri wajahnya. Matanya yang bersinar2 menunjukkan dia bukan buta! Kaki dan tangannya sangat sempurna. Dia memberi salam, Assalamu 'Alaikum", Dengan senyuman wanita itu menjawab dengan suara yang lunak, "Wa Alaikumussalam, suamiku".!!!
Maka terkejutlah Abu Salih, kerana wanita itu tidak serupa sebagaimana yang digambarkan oleh ayahnya, Shaikh Sawma'I. Dia bukan buta, bukan pekak dan tidak bisu. Dia juga mempunyai anggota badan yang sempurna.! Lalu segeralah dia mendapatkan Mertuanya, Shaikh Sawma'I, inginkah penjelasan!
Shaikh Sawma'I menyambut menantunya dengan penuh senyuman kerana beliau memang sudah menjangka akan kedatangan Abu Salih, inginkan penjelasan!
Sheikh Sawma'I : Aku bersyukur kerana dari awal lagi aku sudah mengetahui engkau adalah seorang yang sangat jujur dan salih. Sebab itu aku telah memutuskan untuk mengahwinkan anak aku dengan engkau.
Abu Salih : Tetapi bukankah Ayahanda menyebut puteri tuan.........
Shaikh Sawma'I : Ya benar...! Aku menyebut puteri aku Ummul Khair Fatimah, buta sebab dia tak pernah melihat lelaki lain selain dari ayahanda dia. Aku menyebut dia pekak sebab dia tak pernah mendengar perkara2 yang haram. Aku menyebut dia bisu kerana dia tak pernah menyebut yang keji2 atau mengumpat orang lain. Aku menyebut dia kudungkerana tangan dan kakinya tak pernah melakukan sesuatu maksiat atau sesuatu yang haram.!!!
Ya....kini kita faham betapa sucinya kedua pasangan ini......Ummul Khair Fatimah dan Abu Salih
KEISTIMEWAAN DAN KELEBIHAN SEWAKTU KECIL:
Didalam Qala'id Al-Jawahir, pengarangnya Shaikh Yahya Al-Tadhifi menyebut kelebihan2 shaikh sewaktu kecil seperti berikut :
Pertama:
Berketurunan Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi waSallam dikedua-dua pihak. Di pihak Bapanya melalui Sayyidina Hasaan Radhiallahu 'Anh sementara dipihak Ibunya melalui Sayyidina Hussain Radhiallahu 'Anh.
Ke2:
Kelahiran beliau disambut oleh tangan2 suci dan diraikan oleh Ruh-ruh suci.
ke3:
Di bulan Ramadhan tidak menyusu badan ibunya disiang hari. Hanya menyusu pada waktu malam sahaja.
Ke4:
Sangat matang, bijak dan pintar diwaktu kecil lagi. Tidak suka bermain-main seperti kanak-kanak lain pada usia kanak2.
ke5:
Dari sumber yang lain pula menyatakan, Abdul Qadir memanjat keatas atap rumahnya dan melihat fenomena luar biasa iaitu jemaah Haji berkumpul di Arafah, dan jemaah lagi satu pula sedang mengelilingi Ka’abah.
Kedua-dua kejadian itu membuatkan beliau berasa takut dan terkejut. Beliau memberitahu pada ibunya dan ibunya berkata “ Ini membuktikan bahawa Allah telah memilih mu untuk diberi pengetahuan”
Selepas kejadian tersebut Abdul Qadir berhasrat untuk ke Baghdad dengan tujuan untuk mendalami lagi ilmu pengetahuan dengan para-para Ulama disana. Ini kerana pada ketika itu Baghdad merupakan pusat Ilmu dunia.
Sebelum berangkat ke Baghdad, Abdul Qadir meminta kebenaran dari ibunya agar Allah sentiasa disampingnya dalam usahanya. Ibunya menjaminkan beliau akan keselamatan dengan syarat beliau hendaklah sentiasa bercakap benar dan tidak sesekali menipu.
Dan dalam perjalanan beliau ke Baghdad, sekumpulan perompak telah datang kepada beliau, dan menanyakan kepada beliau, berapa wang yang Abdul Qadir ada. Abdul Qadir menjawab dengan jujur seperti mana yang telah dinasihatkan oleh ibunya. Beliau menyatakan jumlah wang yang ada didalam poketnya. Akibat dari kejujurannya itu, perompak berkenaan berasa sedih dan bertaubat atas perbuatannya itu. Perompak itu bertanya pada Abdul Qadir, mengapa beliau berkata benar sedangkan beliau tahu akan dirompak. Lalu Abdul Qadir menceritakan halnya bersama ibunya yang beliau telah berjanji atas nama Allah pada ibunya yang beliau akan bercakap benar dan jujur. Perompak tersebut merasa hairan dan takjub atas kejujuran Abdul Qadir menjaga janjinya dengan usianya yang semuda itu
JIN DAN IBLIS MENGAKU KALAH
Shaikh Abdul Qadir Jilani Radhiallahu Anh, setelah menguasai seluruh Ilmu-Ilmu Islam daripada Tafsir, Imu Hadis, Fiqh, Tauhid dan lain2 nya sehingga mencapai kedudukan Mujtahid dan boleh memberi fatwa dalam keempat2 Mazhab, beliau teruskan perjalanan dan perjuangan didalam jalan ma’rifat ketuhanan.
Beliau mengasingkan diri dari manusia umum di beberapa kawasan runtuhan sekitar kota Baghdad. Beliau menghabiskan masa selama 25 tahun di sana beramal dan mujahadah melawan hawa nafsu mengikut prinsip2 dan adab Toriqah Sufiyyah.
Dari kitab Qala’id Al-jawahir…..
Shaikh ‘Uthman as-Sarafini menukilkan kisah ini daripada Shaikh dengan berkata : Aku mendengar sayyidi kami, Shaikh Abdul Qadir Jilani Radhiallahu Anh berkata :
“Aku duduk di persekitaran runtuhan Kota Baghada siang dan malam. Jinn suka menghampiri aku dengan dengan berbagai rupa dan pangkat, menyamar sebagai manusia. Mereka akan menyerang aku dengan berbagai senjata dan menyembur aku dengan api. Dalam keadaan demikian pun, aku melihat keteguhan keyaqinan dalam hati yang luar kemampuan untuk di nyatakan dengan kata2. Aku mendengar suatu suara berkata jauh didalam batinku, “Ya, Abdul Qadir ; Bangun dan serang mereka (jinn) itu, kerana Kami telah menanamkan kekuatan luarbiasa dalam diri kamu yang tak dapat dikalahkan. Dan Kami telah datang untuk menyokong kamu dengan bantuan tentera yang tersembunyi”
Memang benar sebaik sahaja aku bangun menyerang mereka (jin2) itu, mereka akn lari lintang pukang, pulang dari mana mereka datang.”
“Kemudian seekor jin akan datang bersendirian dan berkata: Pergi dari sini atau aku akan buat ini dan itu kepada kamu. Dia memberi amaran dan cuba menakut2kan aku, tetapi aku menampar dia, lalu aku membaca : Tiada daya upaya melainkan Allah….kemudian aku melihat dia terbakar
Satu ketika lain, aku di datangi satu lembaga yang rupanya sangat buruk dan menjijikkan, dia berkata : “Aku Iblis. Aku datang untuk berkhadam kepada engkau kerana engkau telah menggagalkan semua rancangan dan usaha aku dan engkau telah binasakan semua usaha kucu2 aku. Aku berkata kepada Iblis, “Nyah engkau dari sini kerana aku tak percaya pada engkau.” Pada masa itu satu tangan turun dari atas lalu menghentam kepala dia….menyebabkan Iblis itu jatuh tersungkur ke bumi.
Kemudian Iblis datang kepadaku kali ke2, cuba menyerang aku dengan anak panah berapi. Ketika itu, seorang lelaki memakai penutup muka muncul menaiki seekor kuda dan menghulurkan sebilah pedang kepadaku. Iblis serta merta berundur!
Kali ke3 aku melihat dia, dia sedang duduk agak jauh dariku, mengesat airmata dia dan menyapu debu atas kepala dia. Iblis berkata : Aku telah putus asa dengan engkau ya Abdul Qadir! Aku memberi amaran keras lepada dia, “Pergi engkau dari sini wahai engkau yang dilaknat Allah.”
Ditempat lain ada juga dikisahkan setelah berputus asa menggoda dan menyusahkan Shaikh Abdul Qadir Jilani, Iblis menyamar sebagai satu cahaya yang Sangat terang benderang dan sangat menarik, lalu muncul dihadapan Shaikh seraya berkata:
“Ya Abdul Qadir, aku Tuhanmu. Oleh kerana engkau telah bersungguh2 mujahdah padaku maka pada hari ini aku telah menghalalkan bagi kamu segala yang aku haramkan.!!!”
Maka segera Sheikh menyahut, “A’uzhu Billahi Mina-asy-Syaitanir-Rajim”, nyahlah engkau wahai Iblis yang dilaknat” .. Ketika itu cahaya seperti kepulan awan itu bertukar menjadi asap. Dan terlihatlah Iblis. Lalu Iblis itu berkata, “Ya Abdul Qadir, bagaimana engkau tahu aku Iblis?” sedangkan berapa banyak orang alim yang telah aku sesatkan sebelum kamu dengan cara ini.”
Shaikh menjawab, “Allah Ta’ala telah menyatakan hukum di dalam Al-Qur’an. Dan dia tidak pernah menghalalkan yang haram”. Maka aku tahu tentu engkau Iblis.
Iblis menjawab, “Engkau telah selamat disebabkan ketinggian ilmu engkau”
Sheikh menjawab kembali, “Binasalah engkau. Aku terselamat bukan kerana ilmuku tetapi kerana Rahmat Tuhanku”.. Maka kembalilah Iblis berputus asa tak dapat menggoda Shaikh Abdul Qadir Jilani Radhiallahu ‘Anh.
Sheikh Abdul Qodir R.A digelar sebagai kekasih Allah kerana nasihat-nasihat, zikir dan solawat serta penyerahan mutlaq beliau kepada Allah Taala, sejarah beliau yang telah mengislamkan lebih 5,000 orang Kristian dan Yahudi dan lebih 100,000 orang penyamun, pembunuh, perompak telah bertaubat melalui tangan beliau dan berubah menjadi orang yang alim dan taqwa...
Sekian.. Wassalam..
Subhanallah..Manusia agung
BalasPadamAslmwbt...sy sbg titih syech abd.qodir all jilalni brsyukur dgn anugrah n krniaan srta rhmat Allah kpd kita. Aminnn
BalasPadam