Jumaat, 30 Disember 2011

43 Perkara Ringan Yang Menyekat Rezeki

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.




1. tidak sembahyang atau solat.

2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.

3. makan atas pinggan yang terbalik.

4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri..

5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.

6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.

7. suka bersandar pada pintu rumah.

8. suka duduk di atas tangga.

9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.

10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.

11. tidak membersihkan rumah.

12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.

13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.

14. suka tidur di atas muka.

15. membakar kulit bawang.

16. menjahit baju yang sedang dipakai.

17. mengelap muka dengan baju.

18. berdiri sambil bercekak pinggang.

19. tidur tidak memakai baju.

20. makan sebelum mandi hadas.

21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.

22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.

23. lambat pulang dari masjid.

24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.

25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.

26. suka memadam pelita dengan nafas.

27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.

28. membasuh kaki dengan tangan kanan.

29. membuang air kecil pada air yang mengalir.

30. memakai seluar sambil berdiri.

31. memakai serban sambil duduk.

32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.

33. makan dengan menggunakan dua jari.

34. berjalan di antara kambing.

35. berjalan di antara dua perempuan.

36. suka mempermainkan janggut.

37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.

38.. meletakkan tapak tangan pada hidung.

39. suka menggigit kuku dengan mulut.

40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.

41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.

42. menguap ketika solat.

43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil

Rabu, 12 Oktober 2011

Bangsa Melayu Berasal daripada Keturunan Bani Israel Yang Hilang?

 



Daripada beberapa kajian, Melayu/Mala/Malai bermaksud gunung, jadi melayu bermaksud bangsa gunung, lagipun bukan ke bangsa Melayu/Malai/Mala daripada keturunan Nabi Ibrahim a.s., jadi tidak mustahil bangsa Melayu ini berasal daripada salah satu kaum Bani Israel yang hilang. Nak tahu mengenai sejarah-sejarah dan rahsia-rahsia bangsa Melayu/Mala/Malai/Bangsa Gunung yang berasal/dilahirkan dari ibunda Keturah/Qeturah, iaitu isteri Nabi Ibrahim a.s. yang berasal dari kerajaan Melayu Kemboja purba atau Champa Kuno serta hubung kait bangsa Melayu dengan salah satu kaum Bani Israel yang hilang dan telah mendapat hidayah Allah SWT serta akan menentang kaum-kaum Bani Israel yg sesat atau bangsa yahudi di negara haram Israel sekarang di Tanah Yang Dijanjikan.

BANGSA YANG HILANG (The Lost Tribe)


Apakah kepentingan mencari bangsa yang hilang bagi Yahudi? Bagi Yahudi Ortodoks tiada apa kepentingan yang amat perlu pun. Jika ada, hanyalah untuk menjejak sejarah mereka sahaja. Tetapi bagi Yahudi Zionis, ianya amat perlu. INI ADALAH KERANA MEREKA AMAT PERCAYA DENGAN RAMALAN DI DALAM KITAB-KITAB AGAMA LEBIH-LEBIH LAGI DI DALAM AL-QURAN. Mengikut daftar bangsa yang hilang di dalam Kitab Yahudi Kuno, terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu iaitu:

1. Reuben
2. Simeon
3. Levi
4. Judah
5. Issachar
6. Zebulun
7. Dan
8. Naphtali
9. Gad
10. Asher
11. Joseph
12. Benjamin

Di dalam 12 puak yang hilang ini, hanya keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi. Keturunan Nabi Yusof a.s menurunkan dua puak yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim. Mengikut satu kitab Yahudi, satu 'lost tribe' Bani Israel (yang mendapat petunjuk ILAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di Palestin. Di dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula, ada mencatatkan golongan Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf a.s.) bakal menyembelih Yahudi jahat (Zionis/Yahudi Kabbalah) di Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur. Antaranya, Afghanistan , Pakistan Utara (Patan/Pashtun), sedikit India, sedikit Myanmar, sedikit China, sedikit Jepun, sedikit Filipina, sedikit Western Samoa, sedikit Tonga, sedikit Ecuador , sedikit Madagascar dan sedikit Hawaii.

Namun begitu kesemua mereka tahu berkenaan asal-usul mereka (bercanggah dengan prinsip 'lost tribe'). Termasuk di Afghanistan dan Pakistan Utara juga (namun yang beragama Islam cuma di Afghanistan dan Pakistan Utara - sebab itu mereka diserang oleh Yahudi Amerika dan Russia). Dalam pada itu, seorang Professor di Amerika bernama Ralph Olssen telah membuat hipotesis baru. Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh'the lost tribe'. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. Kemudian Profesor Ralph Olssen mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan tutut membuat kajian DNA juga. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Untuk menguatkan lagi cerita, tidak ada seorang Melayu pun yang tahu mengenai salasilah keturunan Bani Israel mereka. MALA ADALAH THE LOST TRIBE YANG SEBENAR, LEBIH TERSEMBUNYI DARI THE TRIBE OF DAN. Maka jika berpandukan kepada kitab Yahudi tua menunjukkan bahawa 'lost tribe' daripada kalangan Manasseh (anak Nabi Yusuf a.s.) yang bakal berada di barisan hadapan tentera Imam Mahdi dan bakal menyembelih orang-orang Yahudi di Palestin dan bakal juga memadamkan Israel daripada peta dunia adalah terdiri daripada orang-orang Melayu.



Mengikut manuskrip kuno yang diselewengkan menjadi Book of Mormon itu lagi, sebahagian daripada Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan Bani Israel, iaitu daripada kumpulan Lehi (iaitu terus daripada Manasseh , iaitu anak kepada Nabi Yusuf a.s.). Nabi Yusuf a.s. ada 2 orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim). Mengikut DNA yang dilakukan kepada 86 lelaki Melayu oleh seorang professor perempuan di UKM baru-baru ini, terdapat 27% variant Mediterranean dalam darah DNA Melayu. Dalam kamus sains, DNA Mediterranean adalah daripada bangsa Euro-Semitik termasuk dari Bani Israel!

Hipotesis ini terdapat separuh kebenaran di dalam kesamaran. Orang Melayu bukanlah 100% berasal dari keturunan Manasseh (Yahudi Kuno) tetapi teori Ralph Olssen mengenai pengembaraan bangsa yang hilang 'the lost tribe' ke Bumi Mala adalah sesuatu yang menarik dan amat bertepatan dengan apa yang dibincangkan sebelum ini. Kenapakah Ralph Olssen menyebut Tanah Melayu ini 'Bumi Mala'? Apakah yang diceritakan di dalam manuskrip kuno tentang satu bangsa misteri yang berjalan dan berlayar ke hujung dunia?

Dari mana salasilah "Melayu". Yahudi memburu saki baki keturunan Nabi Yusuf a.s.? Kenapa? MAHADI berasal daripada darah keturunan Nabi Ibrahim = Ishak+Ismail+ "Q" ?. Apakah itu "3Mim"? Tiada NABI diutus ke Nusantara? Islam bertapak kukuh dikelilingi Hinduism dan Budhism, kenapa?

MELAYU - JAWI


Siapakah Melayu? Dari manakah asalnya Melayu itu? Ketika ramai pengkaji memperdebatkan kaum-kaum yang hilang seperti The Lost Tribe of Israel, Atlantis, Lemuria,
Sodom and Gomorrah malah masih mencari-cari siapakah Gog and Magog, rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun. Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia, 'di penghujung dunia'. Bangsa yang hilang masih tidur dan ditidurkan. 'Di hujung dunia', setelah penat mengembara, bangsa misteri ini berehat dan berehat... tidur dengan lenanya... senyap sunyi tanpa siapa mengganggu walaupun Hitler telah pergi ke Tibet menjejak bangsa misteri, tetapi dia juga ketinggalan jejak mereka. Dimanakah bangsa misteri ini meneruskan perjalanan mereka? Masih adakah masa lagi untuk menjejaki mereka?

'Dihujung Dunia' bangsa ini masih nyenyak tidur!

KETURAH, IBU MELAYU
Dalam Kitab Perjanjian Lama ada diabadikan perihal Keturah yakni wanita yang dinikahi oleh Nabi Ibrahim a.s selepas kewafatan Sarah. Menerusi perkahwinan tersebut, Keturah melahirkan enam orang putera iaitu Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah. Menurut riwayat Ibnu Athir dalam kitabnya, Al-Kamil fil Tarikh, umat Nusantara termasuk Melayu bersalasilah secara terus dengan Ibrahim melalui zuriatnya dengan Keturah ini.

Mengikut catatan Ibnu Yusof dalam kitab Permata Yang Hilang, ada kemungkinan juga bahawa nama Melayu itu berasal dari perkataan Malai-Ur sempena nama kerajaan Chaldea tempat asal Nabi Ibrahim a.s. Ada juga pendapat menyatakan bahawa Melayu berasal dari perkataan Malai dan Yunan.

Orang Melayu dikenali sebagai Orang Malai oleh beberapa bangsa lain tapi orang Arab cenderung memanggil orang Melayu sebagai Bani Jawi. Orang Malai (orang bukit atau gunung) ini mungkin telah mendiami Kemboja sebelum kedatangan Nabi Ibrahim a.s. ke situ, dan hampir pasti Keturah adalah orang Malai. Apa maknanya semua ini? Maksudnya, Melayu, Arab dan Yahudi itu bersaudara – dari asal yang sama. Tetapi siapakah Keturah?

Menurut satu versi daripada sebuah manuskrip kuno, Keturah adalah isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s. Setelah kewafatan Sarah, Nabi Ishak a.s. telah merayu Nabi Ibrahim a.s. untuk berkahwin dengan ibu angkat beliau dari kerajaan Champa Kuno (bukan Champa Baru di era Angkor). Akhirnya Nabi Ibrahim a.s. bersetuju dan berkahwin dengan Keturah dan telah dikurniakan ALLAH 6 orang anak. Nama anak-anak Keturah adalah Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah . Anak-anak mereka inilah menjadi pengasas kepada bangsa Melayu. Melayu diambil dari perkataan 'Mala' (nama bangsa asas Keturah). Lihat, nama ini sama dengan nama yang tertulis dalam manuskrip yang dikaji oleh Ralph Olssen.

Bukan itu sahaja, keturunan Keturah inilah yang ramai tinggal di Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Borneo, Sulawesi dan Mindanao. Kesemua tempat ini merupakan tempat yang mempunyai tulisan purba yang diadaptasi daripada tulisan Semitik Purba (termasuk di dalamnya tulisan Aramaik Kuno dan Ibrani). Tulisan Rencong adalah tulisan rasmi Melayu. Jawa dan Bugis juga mempunyai tulisan yang hampir serupa. Agama rasmi Melayu adalah agama Jawi. Agama Jawi adalah agama Nabi Ibrahim a.s. Jawi dikatakan ada perkaitan dengan Levi, iaitu anak kepada Nabi Yaakob a.s. Levi merupakan ketua Ulama dan ketua Rahib bagi agama Nabi Ibrahim a.s. di kalangan Bani Israel. Sejak penggalian di sebuah daerah di Jordan dan telah menemui kota purba yang bernama Jawi/Jawa (Jevi), minat sarjana Barat untuk mengkaji bangsa Mala semakin kuat. INGAT, YAHUDI/BANI ISRAEL BUKANLAH MELAYU TETAPI KEDUA BANGSA PURBA INI ADA INTERAKSI ANTARABANGSA PADA MASA SILAM.

Keturah bukanlah Melayu. Walaupun beliau melahirkan bangsa Melayu, Keturah adalah daripada bangsa Mala. MELAYU ADALAH BANGSA MALA + (YANG MEMPUNYAI DARAH KETURUNAN NABI IBRAHIM A.S). Sekiranya kita lihat orang-orang asli seperti Mahmeri dan Jakun, bahasa mereka adalah diambil daripada bahasa Mala. Semua bangsa seperti Mahmeri, Jakun, Iban, Kadazan, Melanau, Bajau, dan seumpamanya adalah merupakan bangsa asal Mala. DNA bagi bangsa ini adalah 01m-19a. Ini menerangkan Keturah mungkin berasal daripada satu kerajaan purba yang sedia ada di Timur ketika zaman Nabi Ibrahim a.s. (ada versi yang mengaitkan 'Mala' dengan 'Mon') tetapi ini bukan kaum Mon pada hari ini kerana pertama kaum Mon pada hari ini bukanlah Melayu pada ertikata sebenarnya dan yang kedua jika terdapat 'benang-benang merah' sekalipun antara Mon dan Melayu ia adalah proses asimilasi Mala/Melayu yang kompleks dengan etnik-etnik Indochina. Perlu diingat Melayu juga boleh kehilangan identiti mereka akibat penjajahan, perang atau pemaksaan budaya seperti yang berlaku pada orang Melayu di Cape Town, Filipina, Thailand dan sebagainya. Jadi orang Mon pada hari ini bukanlah Melayu pada ertikata sebenarnya kerana akibat percampuran etnik yang kompleks walaupun cendekiawan mereka masih mencari-cari kerajaan purba mereka yang dinamakan 'Suvarnabhumi'-menunjukkan mereka mungkin masih mahu menjejak moyang Mala mereka).

Jika kita lihat DNA Melayu Kedah dan Iban, kedua-dua mereka mempunyai persamaan. Tetapi kenapa Melayu Kedah (mewakili kepada semua Melayu di semenanjung dan Indonesia yang pernah mempunyai peradaban dan kerajaan) lebih bijak dan segak? Ini adalah kerana mereka daripada keturunan Nabi Ibrahim a.s. dan Keturah. Begitu juga Melayu Selangor, Perak, Johor dan lain-lain serta Mahmeri. Kedua-dua puak ini mempunyai DNA yang serupa. Namun Melayu Selangor jauh lebih bijak dan segak daripada Mahmeri. Punca perbezaan adalah daripada genetik Nabi Ibrahim a.s. Jadi jika kita menjejak Melayu dari susur galur Mala Kuno (iaitu jurai Keturah dari kerajaan misteri dari Timur Jauh ini), jejak akan menjadi lebih kompleks, merangkumi persoalan Ophir, Tanah Punt (The Land of Gods-nenek moyang Firaun Purba), kerajaan-kerajaan misteri sezaman atau lebih tua dari era Nabi Ibrahim a.s. dan Akkadia-Babylon hinggalah era sebelum Banjir Besar, Lemuria dan Atlantis. INI ADALAH KISAH YANG LAIN. MISTERI YANG LAIN.

Jawab soalan ini. Bagaimana Ptolemy boleh mengetahui peta lengkap Semenanjung Tanah Melayu pada abad kedua Sebelum Masehi berserta gelaran Golden Chersonese (Semenanjung Emas)? Padahal mengikut sejarah moden orang-orang Barat hanya sampai di dunia sebelah sini selepas ekspedisi penjelajah Sepanyol dan Portugis seperti Magelland. Terdapat kemisterian di situ. Sama seperti Piri Reis yang membuat peta paling misteri di dunia berdasarkan manuskrip peta-peta kuno, Ptolemy juga mendapat sumber yang sama, daripada manuskrip peta-peta kuno lama sebelum era Yunani. Sebahagiannya daripada era Firaun kuno (ingat, perpustakaan Iskandariah yang terkenal, yang menyimpan sejumlah besar manuskrip purba).

Namun Mala bukanlah bangsa asal. Mala mempunyai 'benang-benang merah' dengan bangsa Scythia. Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, hingga ke kaum Ainu di Jepun dan suku misteri di pulau-pulau Jepun sebelum kedatangan kaum Yamato (kaum dominan Jepun pada hari ini), Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi , Filipina, Pasifik , Madagascar dan Amerika Latin.

Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah (ingat Teori Kapak Tua dan bangsa Kamboja?) berhampiran dengan Laut Hitam. Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang arkeologis Eropah di sekitar tahun 1830an lagi. Maka ada kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi Adam a.s. Ini kerana Nabi Adam a.s. mempunyai 22 pasang anak, atau bermaksud 22 bangsa asas (kemungkinan dari kajian setakat ini).

Kamboja, Aryan, Mala, Manessah, suku Sakya dan Buddha.

Bangsa Mala itu memang bukan daripada Yahudi. Perlu diingatkan Yahudi itu daripada seorang lelaki bernama Yehudah (Anak Nabi Yaakob a.s yang berkomplot dengan abangnya Shimon(Simeon) untuk membunuh Nabi Yusof a.s.). Sedangkan hipotesis daripada Ralph Olsen mengatakan bahawa Bangsa Mala ini daripada Bani Menasseh anak kepada Nabi Yusof a.s ini jelas apabila kajian DNA telah dilakukan pada puak 'Bani Menasseh' di daerah Assam, Burma telah mengesahkan bahawa mereka mempunyai DNA bangsa Israel. Daerah Assam adalah laluan Mala-Deutro@bani Menasseh yang lari daripada peperangan Assyrian yang membumihanguskan Kota Nineveh kerajaan Judah. Kajian mengatakan Bahasa Melayu juga wujud di daerah Assam. Oleh kerana itu, bangsa Mala yang sifatnya tidak menyenangi 'Yahudi' ini memang ada kaitan dengan sirah Nabi Yusof a.s yang dibuang dalam perigi oleh saudaranya iaitu Shimon dan Yehudah.



Disini adalah ditegaskan sekiranya bangsa Mala ada bloodline dengan bani Menasseh (Keturunan Nabi Yusof a.s@Joseph), maka layaklah digelar berketurunan Bani Israel bukan Yahudi. Kerana Bani Israel itu bertebaran luas di bumi ini yang mana ia lahir daripada 12 anak keturunan nabi Yaakob a.s, sedangkan Yahudi hanya salah satu suku kaum dalam ras bani Israel. Samalah dalam kes pendita Yahudi yang mengatakan bahawa Nabi Ibrahim a.s. itu Yahudi, lalu Allah SWT tegaskan baginda bukan Yahudi. Mana tidaknya, Yahudi hanyalah salah satu suku kaum daripada Bani Israel yang wujud lama selepas Nabi Ibrahim a.s. Seperkara lagi bangsa Bani Israel bertebaran hingga ke bumi Afrika dan puak Lembah Afrika memang ada mempunyai genetik Bani Israel dari Bani Benjamin@Bunyamin iaitu adik kepada Nabi Yusof a.s malahan di China juga mempunyai keturunan Bani Isarel yang sudah bercampur dengan bangsa Cina iaitu Puak Cina Kaifeng.

Oleh yang demikian, "Lost Tribe Israel" sememangnya lari ke sebelah Asia melalui 'Laluan Sutera' untuk turun ke Yunnan, Mekong dan Indochina hinnga terserap dalam bangsa Mala (Hari ini pegang syariat Nabi Muhammad s.a.w. yakni Islam). Ada yang terpisah ke China lalu membentuk komuniti Kaifeng.



Maka bani Israel merangkumi keturunan Nabi Ibrahim turun kepada Ishak lalu Yaakob dan turun kepada seluruh 12 anak nabi Yaakob a.s. Maka pengkhianatan Yahudi (Perisitwa Samiri dan Sapi) adalah pilihan puak Yahudi itu sendiri dan tiada kaitan dengan ras Israel lain yang masih memegang syariat mentauhidkan Allah Taala.

Kajian projek genome oleh Rabbai Jacobovici telah dilakukan untuk mengesahkan hipotesis Dr. Ralph Olsen berkenaan Israel DNA variant dalam Bangsa Mala (rujuk website beliau, link: www.mormonslocation.com). Projek genome itu dijangka akan lengkap dalam masa 5 hingga 10 tahun akan datang khusus untuk menjejaki lost tribe disebelah South East Asia region.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - --------
Kajian ini hanyalah satu kajian untuk mencari asal-usul Kaum Melayu. Tidak perlu kita percaya bulat-bulat tentang kajian ini, hanya jadikan ia sebagai salah satu bahan bacaan kerana tiada bukti sahih daripada Kaum Melayu dan Islam itu sendiri, kebanyakannya hanyalah berpandukan pada kajian barat dan orang-orang yahudi. Wallahua'lam.

Rabu, 20 Julai 2011

Ranking Terbaru Universiti Tahun 2011



Kali ini, kami ingin kongsikan kepada anda ranking terbaru universiti bagi tahun 2011 di Malaysia.Rasanya ramai diantara anda juga bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat univesiti tidak lama lagi.

Jadi, sedikit sebanyak kita dapat mengetahui mengenai kedudukan universiti yang kita bakal menjadi tempat pembelajaran kita selama 3 atau 5 tahun selepas ini.Berikut dibawah adalah senarai Top 50 universiti terbaik di Malaysia.

1.Universiti Sains Malaysia
2.Universiti Teknologi Malaysia
3.Universiti Kebangsaan Malaysia
4.Universiti Putra Malaysia
5.University of Malaya
6.Universiti Malaysia Perlis
7.Multimedia University
8.Universiti Teknologi Mara
9.Universiti Malaysia Pahang
10.International Islamic University of Malaysia
11.Universiti Utara Malaysia
12.Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
13.Universiti Tenaga Nasional
14.Universiti Malaysia Sabah
15.Open University Malaysia
16.University of Nottingham Malaysia
17.Universiti Teknologi Petronas
18.Universiti Sains Islam Malaysia
19.Universiti Pendidikan Sultan Idris
20.Taylor’s University College
21.Universiti Teknikal Malaysia Melaka
22.Universiti Tunku Abdul Rahman
23.Universiti Malaysia Terengganu
24.Universiti Malaysia Sarawak
25.Universiti Tun Abdul Razak
26.Monash University Malaysia
27.Universiti Industri Selangor
28.Wawasan Open Universiti
29.UCSI University
30.Curtin University of Technology Sarawak Campus
31.Asia Pacific Institute of Information Technology
32.International Medical University
33.Help University College
34.Tunku Abdul Rahman College
35.Al Madinah International University
36.Universiti Kuala Lumpur
37.National Defence University of Malaysia
38.Segi College
39.Universiti Sultan Zainal Abidin
40.Universiti Malaysia Kelantan
41.Limkokwing University of Creative Technology
42.KDU College
43.Selangor International Islamic University College
44.Sunway University College
45.Malaysia Theological Seminary
46.Malaysia University of Science & Technology
47.Olympia College Malaysia
48.Swinburne University of Technology Sarawak Campus
49.Malaysian Institute of Management
50.University of Malaya Medical Center

Walau dimanapun kedudukan ranking universiti kita,apa yang penting adalah ilmu yang kita pelajari. Ranking sesuatu universiti hanyalah satu faktor. Bagaimana kita mengaplikasi ilmu yang kita telah pelajari adalah lebih penting.

Rabu, 13 Julai 2011

Bersih





Hayatilah Dan Jadikan Pedoman Untuk Kita Berfikir

                                                                  






Sabtu, 29 Januari 2011

Sejarah Abdul Qadir Jailani

Nama beliau dari keturunan sebelah bapa.

Mahyuddin Abu Muhammad Abdul Qadir Al Jilani bin Abu Saleh Musa bin Abdullah bin Yahya Al Jahid bin Al Imam Muhammad bin Al Imam Daud bin Al Imam Musa bin Al Imam Abdullah bin Al Imam Musa Al Jaun bin Al Imam Abdullah Al Mohd (lebih dikenali sebagai Al Majl) bin Al Imam Hassan alMuthni bin Al Imam Al Hassan Al Bast bin Al Imam AmirulMukmin ‘Ali bin Abu Talib, KarramAllahu wajhah.

Keturunan dari sebelah ibunya.

Nama ibunya Fatimah binti Al Imam Abdullah bin Mahmud bin Kamaludin Isa bin Jamaluddin bin Al Imam Abdullah Al Sauma’i (lebih dikenali Al Zahid) bin Sayyidina Ali Zainal ‘Abidin bin Al Imam Al Hussein bin Al Imam ‘Ali bin Abu Talib, saudara Al Mustafa(s.a.w.) yang berkahwin dengan Fatimah Az Zahra Al Batul.


Beliau mendapat penggilan Al Jailani daripada Jilan, sebuah wilayah merdeka dari Negara Tabristan juga dikenali sebagai Kilan.. Abdul Qadir dilahirkan disini pada tahun 470H dan beliau kembali kerahmatullah pada 671H pada malam Sabtu , 10 Rabi’awal pada umur 91 tahun.


Riwayat Hidup Bapa Beliau.

Abu soleh seorang pemuda yang sangat kuat taqwanya sedang duduk ditebing sungai, apabila dilihatnya sebiji buah epal terapung dipermukaan sungai. Beliau mencapai buah epal itu lalu memakannya. Selesai makan beliau tersedar dan berkata dalam hati, "Kemungkinan buah epal ini ada tuannya. Aku telah memakannya tanpa izin pemiliknya. Aku kena cari pemiliknya dan minta halal daripadanya"
Beliau mengemudi kehulu sungai...... Setelah lama berjalan kelihatan sebuah rumah dengan kebun buah epal ditepi sungai. kelihatan sabatang pokok epal condong ke arah sungai. Hatinya berbisik, "Kemungkinan buah epal yang aku makan tadi adalah dari pokok ini". Lalu beliau berjumpa dengan tuan punya kebun. Tuan punya kebun itu adalah Shaikh Abdullah Sawma'I. Setelah memberi salam....

Abu Salih : Tuan, saya telah makan buah epal dari kebun tuan, yang mudik ke hilir sungai. Saya minta halal.!


Sheikh Sawma'I : (merenung wajah pemuda itu dengan tajam) Aku akan mema'afkan jika kamu memenuhi permintaan aku.


Abu Salih : Apa permintaan tuan?


Sheikh Sawma'I : Kamu mesti berkhadam kepada aku selama 2 tahun!


Abu Salih : (Setelah berfikir sekejap).....setuju. Insya Allah tuan. Saya akan berkhadam kepada tuan sebagaimana tuan kehendaki.!


Abu Salih adalah seorang hamba Allah yang wara' dan sangat kuat taqwanya. Beliau tak mahu sesuatu makanan yang tidak halal mengisi perutnya. Walaupun sebiji buah epal yang tidak halal baginya, cukup untuk menjadi soal dan perhitungan di Yaumul Mahsyar! ....

Namun!... tebusan untuk menggantikan sebiji buah epal dengan berkhadam selama 2 tahun. .....!!!
Masya Allah! Rasanya tak sanggup kita membuat pengorbanan demikian, semata2 kerana sebiji buah epal....kena berkhidmat selama 2 tahun.! Betapa mulia dan sucinya hati pemuda ini.!

Setelah berkhidmat selama 2 tahun....pada hari terakhir Abu Salih meminta izin untuk pulang.

Abu Salih : Tuan, saya telah berkhidmat selama yang tuan kehendaki. Saya minta izin pulang.

Sheikh Sawma'I : Aku akan halalkan jika kamu berkhidmat selama 2 tahun lagi.


Abu Salih : Baiklah saya akan berkhidmat sebagaimana tuan kehendaki!


Setelah selesai 2 tahun lagi berkhidmat, Abu Salih mohon izin pulang.

Shaikh Sawma'I : Aku akan halalkan jika kamu setuju mengahwini anak aku! Tetapi keadaan dia buta, tuli dan kudung! Sudikah kamu memenuhi syarat terakhir ku ini?

Abu Salih : (agak lama termenung......jika buta dan tuli boleh lagi tetapi kudung pulak.......macamana aku nak hidup dengan wanita seperti ini.....hati kecilnya berbisik! Tetapi beliau teringat akan tebusan nya kerana memakan sebiji epal dan janjinya kepada Sheikh Sawma'I, maka akhirnya beliau pun setuju dengan tidak sedikitpun kekesalan)



Hari perkahwinan tiba!


Setelah selesai 'aqad nikah, pengantin lelaki Abu Salih dibawa berjumpa dengan pengantin perempuan.

Sebaik saja masuk ke bilik pengantin perempuan, dilihatnya seorang wanita yang sangat cantik berseri-seri wajahnya. Matanya yang bersinar2 menunjukkan dia bukan buta! Kaki dan tangannya sangat sempurna. Dia memberi salam, Assalamu 'Alaikum", Dengan senyuman wanita itu menjawab dengan suara yang lunak, "Wa Alaikumussalam, suamiku".!!!
Maka terkejutlah Abu Salih, kerana wanita itu tidak serupa sebagaimana yang digambarkan oleh ayahnya, Shaikh Sawma'I. Dia bukan buta, bukan pekak dan tidak bisu. Dia juga mempunyai anggota badan yang sempurna.! Lalu segeralah dia mendapatkan Mertuanya, Shaikh Sawma'I, inginkah penjelasan!
Shaikh Sawma'I menyambut menantunya dengan penuh senyuman kerana beliau memang sudah menjangka akan kedatangan Abu Salih, inginkan penjelasan!

Sheikh Sawma'I : Aku bersyukur kerana dari awal lagi aku sudah mengetahui engkau adalah seorang yang sangat jujur dan salih. Sebab itu aku telah memutuskan untuk mengahwinkan anak aku dengan engkau.


Abu Salih : Tetapi bukankah Ayahanda menyebut puteri tuan.........


Shaikh Sawma'I : Ya benar...! Aku menyebut puteri aku Ummul Khair Fatimah, buta sebab dia tak pernah melihat lelaki lain selain dari ayahanda dia. Aku menyebut dia pekak sebab dia tak pernah mendengar perkara2 yang haram. Aku menyebut dia bisu kerana dia tak pernah menyebut yang keji2 atau mengumpat orang lain. Aku menyebut dia kudungkerana tangan dan kakinya tak pernah melakukan sesuatu maksiat atau sesuatu yang haram.!!!


Ya....kini kita faham betapa sucinya kedua pasangan ini......Ummul Khair Fatimah dan Abu Salih



KEISTIMEWAAN DAN KELEBIHAN SEWAKTU KECIL:


Didalam Qala'id Al-Jawahir, pengarangnya Shaikh Yahya Al-Tadhifi menyebut kelebihan2 shaikh sewaktu kecil seperti berikut :

Pertama:

Berketurunan Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi waSallam dikedua-dua pihak. Di pihak Bapanya melalui Sayyidina Hasaan Radhiallahu 'Anh sementara dipihak Ibunya melalui Sayyidina Hussain Radhiallahu 'Anh.


Ke2:


Kelahiran beliau disambut oleh tangan2 suci dan diraikan oleh Ruh-ruh suci.


ke3:


Di bulan Ramadhan tidak menyusu badan ibunya disiang hari. Hanya menyusu pada waktu malam sahaja.


Ke4:


Sangat matang, bijak dan pintar diwaktu kecil lagi. Tidak suka bermain-main seperti kanak-kanak lain pada usia kanak2.


ke5:



Dari sumber yang lain pula menyatakan, Abdul Qadir memanjat keatas atap rumahnya dan melihat fenomena luar biasa iaitu jemaah Haji berkumpul di Arafah, dan jemaah lagi satu pula sedang mengelilingi Ka’abah.
Kedua-dua kejadian itu membuatkan beliau berasa takut dan terkejut. Beliau memberitahu pada ibunya dan ibunya berkata “ Ini membuktikan bahawa Allah telah memilih mu untuk diberi pengetahuan”
Selepas kejadian tersebut Abdul Qadir berhasrat untuk ke Baghdad dengan tujuan untuk mendalami lagi ilmu pengetahuan dengan para-para Ulama disana. Ini kerana pada ketika itu Baghdad merupakan pusat Ilmu dunia.
Sebelum berangkat ke Baghdad, Abdul Qadir meminta kebenaran dari ibunya agar Allah sentiasa disampingnya dalam usahanya. Ibunya menjaminkan beliau akan keselamatan dengan syarat beliau hendaklah sentiasa bercakap benar dan tidak sesekali menipu.
Dan dalam perjalanan beliau ke Baghdad, sekumpulan perompak telah datang kepada beliau, dan menanyakan kepada beliau, berapa wang yang Abdul Qadir ada. Abdul Qadir menjawab dengan jujur seperti mana yang telah dinasihatkan oleh ibunya. Beliau menyatakan jumlah wang yang ada didalam poketnya. Akibat dari kejujurannya itu, perompak berkenaan berasa sedih dan bertaubat atas perbuatannya itu. Perompak itu bertanya pada Abdul Qadir, mengapa beliau berkata benar sedangkan beliau tahu akan dirompak. Lalu Abdul Qadir menceritakan halnya bersama ibunya yang beliau telah berjanji atas nama Allah pada ibunya yang beliau akan bercakap benar dan jujur. Perompak tersebut merasa hairan dan takjub atas kejujuran Abdul Qadir menjaga janjinya dengan usianya yang semuda itu


JIN DAN IBLIS MENGAKU KALAH


Shaikh Abdul Qadir Jilani Radhiallahu Anh, setelah menguasai seluruh Ilmu-Ilmu Islam daripada Tafsir, Imu Hadis, Fiqh, Tauhid dan lain2 nya sehingga mencapai kedudukan Mujtahid dan boleh memberi fatwa dalam keempat2 Mazhab, beliau teruskan perjalanan dan perjuangan didalam jalan ma’rifat ketuhanan.

Beliau mengasingkan diri dari manusia umum di beberapa kawasan runtuhan sekitar kota Baghdad. Beliau menghabiskan masa selama 25 tahun di sana beramal dan mujahadah melawan hawa nafsu mengikut prinsip2 dan adab Toriqah Sufiyyah.

Dari kitab Qala’id Al-jawahir…..


Shaikh ‘Uthman as-Sarafini menukilkan kisah ini daripada Shaikh dengan berkata : Aku mendengar sayyidi kami, Shaikh Abdul Qadir Jilani Radhiallahu Anh berkata :


“Aku duduk di persekitaran runtuhan Kota Baghada siang dan malam. Jinn suka menghampiri aku dengan dengan berbagai rupa dan pangkat, menyamar sebagai manusia. Mereka akan menyerang aku dengan berbagai senjata dan menyembur aku dengan api. Dalam keadaan demikian pun, aku melihat keteguhan keyaqinan dalam hati yang luar kemampuan untuk di nyatakan dengan kata2. Aku mendengar suatu suara berkata jauh didalam batinku, “Ya, Abdul Qadir ; Bangun dan serang mereka (jinn) itu, kerana Kami telah menanamkan kekuatan luarbiasa dalam diri kamu yang tak dapat dikalahkan. Dan Kami telah datang untuk menyokong kamu dengan bantuan tentera yang tersembunyi”

Memang benar sebaik sahaja aku bangun menyerang mereka (jin2) itu, mereka akn lari lintang pukang, pulang dari mana mereka datang.”
“Kemudian seekor jin akan datang bersendirian dan berkata: Pergi dari sini atau aku akan buat ini dan itu kepada kamu. Dia memberi amaran dan cuba menakut2kan aku, tetapi aku menampar dia, lalu aku membaca : Tiada daya upaya melainkan Allah….kemudian aku melihat dia terbakar
Satu ketika lain, aku di datangi satu lembaga yang rupanya sangat buruk dan menjijikkan, dia berkata : “Aku Iblis. Aku datang untuk berkhadam kepada engkau kerana engkau telah menggagalkan semua rancangan dan usaha aku dan engkau telah binasakan semua usaha kucu2 aku. Aku berkata kepada Iblis, “Nyah engkau dari sini kerana aku tak percaya pada engkau.” Pada masa itu satu tangan turun dari atas lalu menghentam kepala dia….menyebabkan Iblis itu jatuh tersungkur ke bumi.
Kemudian Iblis datang kepadaku kali ke2, cuba menyerang aku dengan anak panah berapi. Ketika itu, seorang lelaki memakai penutup muka muncul menaiki seekor kuda dan menghulurkan sebilah pedang kepadaku. Iblis serta merta berundur!
Kali ke3 aku melihat dia, dia sedang duduk agak jauh dariku, mengesat airmata dia dan menyapu debu atas kepala dia. Iblis berkata : Aku telah putus asa dengan engkau ya Abdul Qadir! Aku memberi amaran keras lepada dia, “Pergi engkau dari sini wahai engkau yang dilaknat Allah.”

Ditempat lain ada juga dikisahkan setelah berputus asa menggoda dan menyusahkan Shaikh Abdul Qadir Jilani, Iblis menyamar sebagai satu cahaya yang Sangat terang benderang dan sangat menarik, lalu muncul dihadapan Shaikh seraya berkata:


“Ya Abdul Qadir, aku Tuhanmu. Oleh kerana engkau telah bersungguh2 mujahdah padaku maka pada hari ini aku telah menghalalkan bagi kamu segala yang aku haramkan.!!!”


Maka segera Sheikh menyahut, “A’uzhu Billahi Mina-asy-Syaitanir-Rajim”, nyahlah engkau wahai Iblis yang dilaknat” .. Ketika itu cahaya seperti kepulan awan itu bertukar menjadi asap. Dan terlihatlah Iblis. Lalu Iblis itu berkata, “Ya Abdul Qadir, bagaimana engkau tahu aku Iblis?” sedangkan berapa banyak orang alim yang telah aku sesatkan sebelum kamu dengan cara ini.”


Shaikh menjawab, “Allah Ta’ala telah menyatakan hukum di dalam Al-Qur’an. Dan dia tidak pernah menghalalkan yang haram”. Maka aku tahu tentu engkau Iblis.


Iblis menjawab, “Engkau telah selamat disebabkan ketinggian ilmu engkau”


Sheikh menjawab kembali, “Binasalah engkau. Aku terselamat bukan kerana ilmuku tetapi kerana Rahmat Tuhanku”.. Maka kembalilah Iblis berputus asa tak dapat menggoda Shaikh Abdul Qadir Jilani Radhiallahu ‘Anh.


Sheikh Abdul Qodir R.A digelar sebagai kekasih Allah kerana nasihat-nasihat, zikir dan solawat serta penyerahan mutlaq beliau kepada Allah Taala, sejarah beliau yang telah mengislamkan lebih 5,000 orang Kristian dan Yahudi dan lebih 100,000 orang penyamun, pembunuh, perompak telah bertaubat melalui tangan beliau dan berubah menjadi orang yang alim dan taqwa...


Sekian.. Wassalam..